Terbaeklah Kamooo...!

Sunday, December 4, 2011

Practical at Malacca Hospital

salam. . .halooooo :)
bersawang meyhhh blog aku nieh. .
inilah akibatnya bila ade belog tapi tak tw nak jaga . . huhu

sorry morry sebab dah lama sangat tak 'apdet' belog ni. . .
MELAKA . . . .
yeahh. . . now, i'm at Taman Putra, Bukit Baru, Melaka. .
(alamat penuh tu. . hehe)

mula2 aku dan kawan2 menyewa kat depan hospital je. .
tapi dsebabkan ada masalah sikit,
so, kami pown amik keputusan pindah rumah lain. .

anyway, aku ada uplod sikit gambar sepanjang praktikal. .
( baru 2 minggu je pon practical. . )
tapi banyak kenangan dan aktiviti yg kitorang buat. .


inilah kami berempat yg praktikal di jabatan psikiatri. .
hanya 'picta' di cermin ini rasanya yg agak cantik. . hehe
(afiza, ainaa, atiqah, aku. . )


aktiviti bersama pesakit di jabatan kami. . .
ade pesakit wad dan pesakit 'day-care'. .
maybe nmpak mcm aktiviti biasa. .
tapi bagi mereka, aktiviti ini sangat bermakna. .


ini adalah kad yg aku buat untuk pesakit
yang bernama Rogayah (bukan nama sebenar). . .
kad ni time sesi 'creative activity'. .
jadi, kami telah menyuruh pesakit utk reka kad
dan ditukar dgn kad kami. .
aim atau tujuan aktiviti ini adalah untuk kembalikan fungsi
kognitif pesakit. . .


mcm2 ragam pesakit aku ni. . . haha
(ade jugak aksi kuak lentang ;p )
gadis remaja dlm 'picta' ni pon pesakit aku. .
aku cuma berharap 1 day, dia akan mnjadi lbih baik. .
dia terlalu muda dan masa depan dia masih jauh. .


inilah dua orang pesakit wad yg sudah 'discharge'. .
aku harap mereka takkan menjadi 'penghuni'
wad di psikiatri ini lagi. .


praktikal di jabatan psikiatri ini satu pengalaman yg berbeza
kalau nk dibandingkan dgn praktikal2 aku sebelum ni. .
pesakit2 di jabatan ni tak sama dengan pesakit lain. .
kalau org lain marah mereka, herdik mereka,
tapi bagi aku dan kwn2 yg 'bekerja' dgn insan ini,
mereka seperti seorang kawan dan
manusia normal lain. . .
mungkin berisiko bg kami bila brjumpa dgn pesakit
yang agresif. . tapi dah jadi tanggungjawab kami
satu hari nanti untuk merawat mereka. .

sedih hati aku bila tengok mereka. .
aku sedih sebab diorang tak minta utk jadi mcm tu. .
mereka tak sedar sebenarnye. .
aku cuma membayangkan kalaulah mak bapak aku sendiri
atau family aku yg berada di tempat mereka. .
tapi bila bekerja should be professional. .
mereka pesakit dan mereka lah 'kawan'. .

ok. . c u next time





Wednesday, October 26, 2011

Ujian Itu Sebagai Peringatan

salam ukhwah blogger sekalian. .

dah lame rasenye aku tak meng'update' blog nie. .
rindu sangat2. .

tapi bila dah kt rumah nie, macam2 benda aku buat. .
sampai terlupa pada blog yang 1 nie. .
sorry morry dear. . . :)

now. . .
i am got fever since two days. . huhu
tapi tak la seteruk demam yang lepas. . .
Emak kata tiap bulan aku demam. . .
(seorang ibu pasti risau akan anaknya. . )
sorry mom. . .

aku tak nak menyusahkan dia. . .
tapi sudah sedia maklum,
aku memang ada masalah dengan antibody aku sendiri. .
antibody aku lemah, senang kena jangkitan. . .
itu pon menurut kata 'tuan doktor' masa aku g check dahulu kala. .
tak pelah. . .
dah kira bersyukur sangat2 bila Allah S.W.T bagi aku peluang untuk terus hidup
sampai hari ini...
Alhamdulillah. . .



bg aku, demam atau segala penyakit tu adalah ujian yang Allah bg kat kita sebagai satu peringatan. . .
peringatan bahawa Dia sangat menyayangi kita. . .
Dia nak menilai sejauh mana tahap kesabaran kita. .
mungkin masa sihat, kita lupa atau alpa kepada-Nya. .
jadi bila Dia bagi kita satu ujian, InsyaAllah kita akan mengingati-Nya kembali. .

so, mlm ni tak larat nk membebel pnjang2. . hehe
time to sleep meyhhh. . .
fenin n berat je rasa kepala ni. .

gudnitezzz. . . :)



p/s : naseb baik aku demam tak rupa gini...hehehe

~~ CHOWW~~


Monday, October 10, 2011

Last But Not Least

assalamualaikum. . . salam ukhwah. . .
hari ni dah 4 hari aku sampai kampung. . .
nak apdate blog nieh tp line lak cam hape... adoiii. . . sabo je. . .
makin makan tuan 'berukband' aku niehhh. . naseb baik tak 'throw away' masuk 'drain' je. . ;p

yess. . last but not least. . title for today :D

kali ni, aku dapat cuti sem sebulan lebih. . .
serunuk giler meyhhh. . . hahaha
yelah. . ape tak nye, selama ni student kos la
en cuti sem, aku plak praktikal kt hospital. .
pastu. . . paling sadis, bila abes je praktikal hari jumaat, hari sabtu aku balik kampus, then
hari isnin terus start kelas. . .

naseb baek 'case study' anta dua minggu lpas naik kelas. . .
penat. . . memangggg penat. . .
yelah. . . nama pown student kan. . .

TAPI. . . . .

lepas ni aku dah tak rasa semua tu. . .
aku takkan balik kampus lagi. . .
dah tak de rase penat utk naik kelas sem baru. .
dah tak de suasana buzy dgn kwn2 nk siapkan case study. . .
dah tak de pergi library utk cari reference book. .
dah tak de lagi same2 cari jurnal utk wat evidence-based case study. . .
dan . . . dah tak de lagi tak tido malam sem
ata2 nk wt asgmen yg berlambak2. . .

KENAPA. . . ?


sebab sekarang aku student tahun akhir. .
lagi 1 sem je aku kena abeskn utk graduate. .
tapi sem last naty aku praktikal penuh. . .
insyaAllah aku akan praktikal kat Hospital Melaka . .

abes je praktikal, maka tamatlah sesi pengajian aku . .
that's why la aku tak balik kampus lagi pasni. .
sem ni adalah sem last aku jumpa kwn2 aku n mnggu lpas adalah hari terakhir utk kami semua.
kalau ade rezeki n dipanjangkan umur, insyaAllah aku jumpa dorang semula masa
hari konvokesyen kami nanti. . .


sedih. . . .
jauh di sudut hati, aku rindukan suasana belajar tu. . .
belajar sama-sama. .
makan sama-sama. .
tido sama-sama. .
jalan sama-sama. .
outing sama-sama. . .
dan segalanya adalah 'sama-sama' , demi mengejar cita masing2. .

now, we almost reach the top. . .

pengajian di langkah pertama ni akan berakhir. .
tapi bukan akhir untuk segala-galanya. . .

mungkin akan ade yg berjumpa semula di peringkat yg lebih tinggi. .
ataupun berjumpa di alam kerjaya. . .
aku pasti semua tu. . .
destinasi dan hala tuju aku n dorang semua adalah berbeza,
tapi aku tetap doakan yg terbaek buat kami semua. . insyaAllah. . .



( my best friends. .
pic lpas dinner batch ktorang kt De' Palma hotel..)




( hari terakhir lepas briefing utk praktikal )




( happy giler lpas abes praktikal exam medical-neuro.. )

juz beberapa keping gambar je aku upload. . .
wlwpon tak upload semua, tapi aku tetap ingt kat dorang semua. .
semoga Allah bagi peluang aku jumpa mereka semua nanti. .
InsyaAllah. . .

~~TAMAT~~

Friday, September 30, 2011

Kembali ^_^

salam ukhwah....
pheww~~ berhabuk meyhhh aku punya blog...
setelah lama berdiam diri,
now, aku muncul kembali..
(tak tahan ayat...hehehe)
actually there is nothing to say for today...
maybe keep silent is the way..huhuhu

blog ni maybe akan kembali aktif..
mungkin ke'buzy'an aku menyebabkan blog ni berhabuk..
but, maybe other some reason
why i'm 'invisible' for awhile...
only me know it... ^_^
just me okayyy...;)

untuk 'kemunculan' terbaru pada hari ni,
nothing to share with others...
ooohh..lupa...
new background meyhh...hehehe
Cik Elmo aku pon dh busan menjadi background blog ni..
so, 'putih' is nice right....
putih itu suci...hohoho :D

next time ade cerita yg mungkin aku share...
terlalu rindukan blog ni...
jari jemari menulis, tapi biarkan hati yg berbicara..
ok...choww



Cik Elmo......Rindu juga pada kamu....
(my old backrgound blog....)


c u next time...
~~assalamualaikum~~

Thursday, July 28, 2011

Stress Management : )

salam ukhwah.....
dah lame rasenye aku tak meng'update' belog niehh..:))
busy..? emm..tak la sangat.. hehe
tapi line tenet kt sini yg hampeh m'jadikan aku batalkan niat
nak mengupdate any new entry..
walaupon gune 'berukband' , tp blok aku duduk kali ni
manyak sloww maa line maxis...
tak pon, memang 'berukband' ni yg smakin lama makan tuan !
pheuww~~ sabo jerr ;p


yeahh.. my new title : stress management ;)
sebenarnye aku bkanlah nk citer pasal stress
or ape jadah 'nate' stress ni.. hee
tapi sok aku akan jd facilitator tuk satu program ,
: BENGKEL STRESS MANAGEMENT :
student kos2 lain akan join jugak sbgai pserta..
tapi, ajk n sume faci adalah student kos aku
sebab program ni mmg dianjurkan oleh prsatuan pelajar ktorng
dengan kerjasama unit kaunseling UiTM..
agpon, entah mcm mane aku terlebih rajin lak
jd faci tuk prgram ni ...
pepun, bila lagi nk jd rajin..ye dak ?? hehe
pape pown, roger2 la poster kt bawah ni
untuk keterangan lanjut...he3~~
(cehh..promote lak)



so.. sok la program ni 'berlaku'... ;)
hope sume berjalan lancar...
wish me luck yawwww!
;P

Wednesday, July 6, 2011

Pesanan Buat Si Dia......

buat dirinya yang sentiasa di hati,
pesanan ini adalah lahir dari hati yg ikhlas...
maaf kerana aku sendiri tak mampu untuk menyampaikannya kepadamu...


buat si dia....
aku mahu kau tahu bahawa cinta agung adalah cinta-Nya,
aku mahu kau tahu bahawa cinta manusia akan membuatkan kau alpa,
tolong jangan mencintaiku lebih dari mencintai Yang Maha Esa,
dan janganlah mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa..

buat si dia....
janganlah mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapamu,
ingatlah, dahulukanlah Allah kerana di situ ada syurga-Nya,
dan dahulukanlah ibu bapamu kerana di telapak ibu itulah syurgamu,
aku terpikat kepadamu kerana imanmu bukan rupamu,
dan aku cintakan zuhudmu bukan hartamu...

buat si dia....
ketahuilah, aku milik Yang Maha Esa,
aku masih milik keluarga,
ingatlah, kau mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapamu...

buat si dia....
maaf kerana aku enggan diri ini dirapati,
kerana aku menjaga batas antara kita,
maaf kerana jarak menjadi bertambah rindunya,
kerana itulah ujian Yana Maha Esa,
maaf juga kerana aku enggan menjadi fitnah kepada dirimu...

buat si dia,
aku tak mahu melekakan dirimu,
aku mahu kau berjaya dalam impian dan cita-citamu,
aku mahu kau menjadi penyokong dalam kejayaanku,
aku mahu kita berjaya di dunia dan di akhirat sana.....

buat si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
ketahuilah, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
hubungan ini terjaga andai kita menjaga hubungan dengan Yang Maha Esa....

buat si dia,
andai satu hari nanti Allah menduga diri kita,
Allah mengambil kembali anugerah cinta ini,
Allah mengembalikan diri kita kepada-Nya,
berdoalah agar kita dipertemukan kembali di syurga yang kekal abadi.....


Tuesday, July 5, 2011

Back To School........ =)

Kembali Ke Sekolah.....hehe
yelah..aku da abes praktikal meyhh..
now, at my lovely campus, uitm puncak alam...

hari ni baru hari kedua klas..
tapi dah sem 5 ni subjek dah tak sebanyak sem2 lepas..
alhamdulillah.. aku tak de repeat pape paper...
juz risau menuggu result sem ni..
maklumlah..praktikal aku dah cam hape rasenya..
markah pon org kata paras2 hidung..huhu
tak pelah.. klu tak, tak study la namenye..

tapi.....
still ade rase kosong untuk sem ni...
setiap tahun, n setiap sem mesti ade kwn2 aku
yang tinggalkan kami semua...
aku tau, mungkin rezeki dorang bkn kat sini..
tapi, tak kurang jugak yg dapat tawaran SPA..
untuk sem ni,
kawan aku yg jugak ex-hosmate aku masa tahun 1,
hamizah, dapat tawaran study tuk jd juru x-ray..
dia sekarang study kt KSKB Sg.Buloh..
i wish the best for her..
itu rezeki dan perjalanan hidup dia..
aku n kawan2 lak still berjuang utk same2 grad nanti..
insyaAllah...;)

untuk sem ni plak,
rase makin takut bila dah jd makin senior ni...
wlwpon subjek tak banyak (juz 3 paper),
tapi subjek pon boley tahan susa...huhu
ape tak nye, dua subjek Mr.J pegang..
lw dia yg pegang, viva sepanjang masa la gamaknye..huhu
oopsss..
bkn kete viva ye...
tp viva tu stand for praktikal exam..
hope sem ni ok2 saje...
now, busy nak siapkan case study report..huhu
tak tido mlm den jawab nye niehhh...
k lah, mata pon dah layu...
tilam pon dh menuggu... ;D
gudnite...

---- BYE!----

Wednesday, June 15, 2011

No Title....

salam ukhwah...
mata dah mula layu je niehh..
tapi still menghadap depan laptop..
kalau ikut hati, dari pas maghrib td aku dh dibuai mimpi agknye..
hehehe..
case study meyhhh...mne leh tido..
nk tido pon, aku rase sampai termimpi2 benda niehh..
punyelah hebat penangan keje tak siap ni kan.. ; )
manyak penat lorhhh ini mata..
aku present next week..so, slide 'dalam perjalanan' la ni..;)
bila tido lambat, kompem g keje sok mata pon cm tak leh bkak..
yelah.. aku praktikal bkn duduk je..
pegi awal, lik lambat..ble da keje nanti pn sme jgk..
stiap hari kena jln pegi ke wad...
ditambah plak dgn prangai patient yg kdang2 mnguji
tahap ksabaran aku...
nasib baik just fkir aku nk yg terbaek untuk dorang..



kelmarin dapat brita bahwa lecturer dtg visit..
nak kena wt praktikal exam la tu..hadoiii
maybe next week..
haiishhh... lemah aku dengar...
bukan pe...
aku lagi suka wat bhagian kanak2 dr org dwasa..
susa meyhhh 'deal' dengan org beso ni..hehe
tapi pepun, mne leh plih patient kn..
just go on with them je la..
lecturer lak?
hurmmmm.......
no komen...leh tahan jgk dahsyat nye..huhu
sangat popular dgn hospital2 negri jhor..
redha saje la jawab nye... ; (



2 minggu lebih je lagi...
tak sabar untuk habis...
rindu untuk g kuliah semula..
baru aku tw seronoknye bila live ni pegi n lik kelas je..
(pdahal sebelom ni mlas giler bab g kelas..hahaha)
yelah...dnia bkerja bukan senang..
very challenging...
boley tak nak belajar seumur hidup??
hehehehehe...



tapi kehidupan ni kan setiap hari kita belajar..
pelajaran tu tiada penghujungnya..
wlaupun sekecik2 benda, pelajaran tu tetap ade..
belajar tu bkn pada buku je,
so, aku nak belajar selamanya..
; )



--Selamat Malam--
^__^

Wednesday, June 1, 2011

First Time

salam ukhwah...... :)


mak aiiiiii ini hari manyak pening l0rhhh...
nape???
hari ni pertama kali dalam hidup aku pegi potong kain nak wat korset !
(KORSET?? betul ke aku eja??)
alahaiii..lw buat pressure garment (PG) tu aku leh trima lagi...
tu memang sebahagian keje aku...;D
ni kena buat korset?! gilo ko apo?? heeee..
tak pernahnye aku blajo wat bendalah ni kt kmpus..huhu
dah la first time nmpak dan kena buat,
di baginye aku kain yg sebesar2 alam tanpa tunjukkan aku cara ptong...
dan arahannya sangat mudah,
"potong kain tu ikut ukuran.. tu pon kalu nk belaja la...
pe guna blajo kt U lw tak tw guna otak...??"
ayat BELIAU saje dh wt aku terdiam seribu bahasa...
tak pelah.... aku redha.. aku hanya seorang student..
(aku tau time ni laa 'beliau' tu nk membuli aku...)


haa.. pe beza korset dgn PG niehh??
oppss... aku bukan tukang jahit or fashion designer okiee..hehe
PG tu pakaikan kt patient yg ade kes burn(terbakar) untuk kurangkn keloid
atau hypertrophic dia..
korset ni plak bkan korset biasa yg org pakai utk kuruskn or bahasa jawa nye
'slim' kn bdan tu.. hehe
tapi korset ni guna untuk patient yg ade diagnosa scoliosis..
satu penyakit yg melibatkan tulang spinal manusia (tulang belakang)..
so, patient yg pakai korset tu function dia utk tegakkan lik tulang
belakang dia yg dah bengkok n berbentuk 'S'..
material dia pon bkn cm korset biasa tu..
jadi ukuran dia pon ikut bdan patient tp based kpada aim dari pakar..


hmm... that's why la aku mmg ade masalah betul nk ptong kain tu td..:(
kain plak, bkn kain bese2 tu..
serius, lecturer aku mmg x aja lg cmne nk wat korset..
sebab ktorang dulu blaja lebih kpda PG..
tp kata orang, time praktikal cm skrang ni lah kita dpt blaja..
tapi aku??
'beliau' mungkin mengajar aku dengan cara 'beliau' tu..
salah ke aku bertanya sebab aku juga nk belajar..
tak semua benda student tau..
lagilah benda yg first time jmpe..
kalau aku tau semua benda, pe guna lecturer aku anta praktikal?


tapi tadi aku redha je...
kawan 'beliau' yg mngukur bdan patient tu lak ade hal hari ni...
lagi parah, bkn aku yg tengok patient tu sendiri..tapi org lain..
so, cmne aku nk imagine patient tu saiz n scoliosis dia teruk mane??
at least, lw aku jumpa patient tu, ade jgk idea nk ptong kain..
maybe aku bernasib baik sbb kawan 'beliau' tu ade tingglkan ukuran
untuk potong kain kt patient tu punye report..
tapi tu tulisan orang lain dan hanya orang itu saje yg sangat paham kn..
kalau aku salah faham dan salah potong cmne??
ini bukan nk buat baju fesyen..
tapi ini untuk kes perubatan !
aku hanya nak yg terbaik untuk setiap patient..
aku nak patient ade improvement dgn setiap treatment..
aku bekerja dengan manusia bukan dgn robot atau mesin !
; (


tapi td aku tetap ukur dan potong jugak..
sebab aku fikir patient tu dtg mnggu dpn..
aku nak terbaik utk dia..huhu
aku teringat bila kakak ipar aku, kak ina potong kain bahan utk wt baju..
aku terus ikut setiap step yg dia prnah buat..
dalam marah, tension, sedih, aku potong jgk kain tu...
aku cuma membayangkan saiz patient tu ikut pemikiran aku..
'beliau' pulak cuma diam dan hanya perhati dari jauh..
aku cuma redha.. aku harap semuanya ok...


esok aku akan smbung menjahit dan akan berjumpa patient cm selalu..
maybe sok aku kena g wad medical dan orthopedic..
i wish tomorrow will be ok.....


-SEKIAN-


Wednesday, May 25, 2011

Result Maliiiii

salam....
semenjak praktikal ni jarang beno teman on9..:)
maklumlah, praktikal kt sini a bit heavy than before..huhu
hari ni pun, aku tak bape nk ade mood..:(
malam ni juz nk tulis entri pendek..


hari ni result kuar.
FULLSTOP. ;D
alhamdulillah...wlwpun tak dpt 4 flat, tp ckup mkn pon jadi lerr..:)
maklum saje ler aku bukan budak pandai..
subjek sem ni plak mak aiii lebih susah dari nk jd doktor pakar..hehe
pape pown, tahniah kepada kwn2 aku yg dh mmg bjak pndai tu...


so, skrang ni prepare for the next sem..
hope sem dpan boley dpt result lbey gempak dr skrang !
yeahhh.. ;D


~~TAMAT~~

Sunday, May 15, 2011

Praktikal Yaww!

assalamualaikum....:)
ya ya ya ya....hari ni aku boleh tersenyum..
bukan ke senyum tu 1 sedekah.. ;)


hari ni aku menulis masa aku dah sampai kat muar..
ehh..nape muar???
aiyoooo..esok aku dah start praktikal meyhh..
aku praktikal kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, muar..:)
kali ni aku wat praktikal tuk sbjek ortho-surgical...
aku kena 'deal' dan 'berurusan' dgn patient yg patah tulang, terbakar dan
yang sewaktu dengannya..heee
(agak ngeri jgk sbnarnye...hehe)
ortho-surgical ni susa cket bg aku klu nk dbandingkan dgn pediatric..
maybe aku lbey suka 'bekerja' dgn budak2..hehe
tapi ni la tugas aku masa dh keje naty..
suka atau tak, aku kena pegi jugak prktikal ni..
(wlaupon aku rase cm belum cukup segala ilmu yg ada....huhu)


GO ZEDA ! GO ZEDA ! GO ! hehehe


hmm..tp nasib baik praktikal kt muar..
tak payah sewa rumah..
aku 'menumpang' sekejap kat umah abg aku, abg mil..hehe
tapi beselah, umah org bujang..duk sorng plak tu..
pham2 je la.. cm tongkang pecah dah aku tngk..haha..
tak pelah 7 mnggu ni je...
lpas 7 mnggu ni aku akan 'berlepas' balik ke kampus..hehe


so, wish me gud luck yawww !!

~~TAMAT~~

Sunday, May 8, 2011

Kenapa Boleh Jadi Camni....

salam ukhwah dari aku..
rasanye dah lame aku menyepi dari menjelmakan diri kt blog nie..
alhamdulillah..hari ni aku masih mampu untuk menulis satu lagi coretan...
tapi aku ingin meminta maaf..
aku tidak mampu untuk tersenyum mcm selalu..
senyuman aku sngat kelat hari ni..



Ya Allah..kenapalah boleh jadi camni..
aku CUAI???
ye..aku mmg cuai..
aku cuai dan sangat alpa mengenai keselamatan diri walaupun di dunia maya
yg tanpa sempadan.. semuanya hanya di hujung jari..
aku hanya mmndang pada teknologi masa kini tp lngsung terlupa mengenai
keselamatan diri yg sangat mudah utk dijadikan seperti roda ini..



tapi aku bernasib baik..
Allah S.W.T masih lagi membantu..memberikan aku petunjuk-Nya..
Dia tunjukkan kekhilafan yg aku lakukan tu..
ye..baru aku sedar..kesilapan tu kalau dibiarkan akan memakan diri sendiri..
wlwpun perkara tu hanya berlaku di dunia maya tanpa manusia dpt menjejakinya,
tapi perkara itu sangat besar impaknya..
masa depan, cita-cita dan mungkin kerjaya aku akan musnah kalau perkara itu berlanjutan..
wlwpun puncanya hanya dari beberapa baris perkataan, tetapi segalanya boleh musnah..
cmtulah hebatnya teknologi zman skrang...



tak de apa yg aku harapkan selain aku nak 'dia' atau 'mereka' stop buat semua keje giler ni..
ingtlah...satu hari nanti Allah S.W.T akan membalas balik perbuatan anda itu..
ya..hari ni hari aku...
aku rasa sangat perit..
tapi ingtlah...aku bukan pendendam...
aku redha 'anda' atau 'kamu semua' buat cara camni kat aku..
aku terima...
adakah 'anda' atau 'kamu semua' tu sahabat atau kenalan aku, aku menerima segala perilaku
kamu tu...
tapi aku hanya berdoa agar insan ini sedar akan perbuatan dia dan stop buat semua ni..
aku hanya mampu berdoa diberi kekuatan atas segala ujian ni...
InsyaAllah....


~~NOKTAH~~

Friday, April 22, 2011

My Heart

Truly in the heart there is a sadness
that cannot be removed except
with the happiness of knowing Allah S.W.T
and being true to Him....
And in it there is an emptiness
that cannot be filled except
with love for Him and by turning to Him
and always remembering Him...
And it a person were given
all of the world and what is in it,
it would not fill this emptiness....



~~ ^_^ ~~

Exam MOOddddd......

haloooo.... ;D
aisey...bulan ni jerk da jarang meyhh aku update blog..
naseb baek lerr blog aku niehh tak ramai lg 'pengikut'..haha
maklum saje la....aku dh start exam lorhhh...
attention and concentration sepenuhnya kat exam.. (poyo jekk..)
;)


ya ya ya ya...hari ni...
kenapa dgn hari niehhh..??
saje jerr nk tulis...hehe
sebenarnye nak berkongsi rasa lega aku kt blog aku ni laaa..
lega bkn abes exam meyhh...
tapi lega sebab dah lepas meng'exam'kn diri aku ni kat killer paper sem nieyy..huhu
paper subjek MEDICAL AND NEUROLOGY suda lepass..;D
bukan pe....subjek ni manyak susa la ini sem...huhu
paper lain pon susa jugak...
tapi paper neuro ni mmang mnguji stamina mental aku..haha
ape tak nye, hari ni ngn semalam je dua2 paper subjek ni..
agak tingtong jugak la mnggu ni..hehehe


(kalau lahh paper neuro aku cmni boley la jugak aku 'tembak'
jawapan...hehe)


tapi tak boley la hepy sangat...;)
hari ahad ni subjek PSYCHIATRIC INTERVENTION lak...
jgn pasni aku lak yg jadi 'sakai' dah la ye...hehe
adushhh...poning palo denn..
dari dok study medic neuro tetiba study psychtric lak..
sangat hebat kalau otak aku boley mnyerap semuanya..
hahaha...


pepun... exam still kena teruskan..
study sehabis yang boley...
bila lg kan aku nak berlumba secara sihat ngn kawan2 aku...;D
yg penting, aku hanya mmpu bertawakal ble dh berusaha..
wish me luck yaww !



~~C U AGAIN~~

Saturday, April 16, 2011

Cry vs Woman

salam ukhwah....:)
alhamdulillah.. tangan dan jari jemari aku masih lagi mampu
untuk menekan papan kekunci mlm ni...hehe
lamo ehh den raso dok bukak blog den niehh...;p
maklumlah...still use the same reason = i'm quite busy right now..
final exam is around the corner la beb...heee~~



CRY vs WOMAN..?? erkkk...lw translate melayu = MENANGIS lwn WANITA.. :D
beselah...pe guna kewujudan Google dictionary lw kita tak guna..(promote.. ^^,)
sebenarnya aku bukanlah seorang promoter cik Google dan segala produknye..hehe
paling pnting, tak de kena mngena ngn title blog nie..


(hanya gambar semata-mata....;p)


kenapa agaknya orang selalu kata wanita takkan lari dari air mata a.k.a menangis..??
bila menangis, org akan kata "alah..mengada lbey je tu..."
setiap orang ade pandangan msing2..
bagi aku, benda ni sangat subjektif...
Allah S.W.T menciptakan wanita ni sebagai perhiasan dunia.. ckup indah dan Dia
juga menganugerahkan kaum Hawa ni dengan hati yang lembut tetapi penuh dengan
ketabahan.. itulah uniknye seorang wanita...
bak kata orang, dalam kelmbutan ada keberanian...;)
disebabkan kelembutan hati pada diri, menyebabkan wanita tu mudah tersentuh hatinya..
walau sekuat mana pun perempuan tu, akhirnya dia tetap menangis..
air mta seorang perempuan tu bukan petanda kelemahan,
tapi itulah petanda kekuatan yg ada pada jiwa setiap perempuan.. :)


mungkin persepsi org lain bercanggah dgn persepsi aku..
tapi aku juga seorang perempuan dan aku pun memandang isu ni dari sudut yg berbeza..
menagis jugak bkn khas utk perempuan je..
tp seorang lelaki pun mampu utk manangis kalau hatinya betul2 terasa sayu..
bagi aku, menangis tu akan membuatkan hati kita lebih tenang dan puas..
Allah S.W.T sentiasa ade kt sisi kita dan Dia tau ape yg tersirat kat hati kita..
jadi menangislah sepuas hati kalau itu yang membuatkan diri kita lbih tenang..
tapi yang penting, seorang perempuan yang menangis kerana mengharapkan
keredhaan dari-Nya dan mengharapkan ketabahan dlm diri adalah tangisan
yang paling bermakna...


~~NOKTAH~~


Saturday, April 2, 2011

April oh April....

salam dihulur pembuka bicara. . . cewahhh ;p
waa. . . lama sudaa aku tak msukkn entri kt blog nih. .
yelah, semenjak dua menjak nak exam ni, setiap hari makin buzy. . huhu
ditambah pulak ngn ke'buzy'an lecturer2 aku wat viva utk ktorang. .
opppsss. . 'VIVA' bukan kete viva ok. .
tp VIVA kitorang ni ialah praktical exam. . :)
sedar tak sedar dah masuk blan April rupenya. .
hari ni dah 2 April 2011. .
uniknya bulan April ni, 1 April je orang mesti kata "APRIL FOOL"

haaa...kenal tak amende nih..? :p

kadang2 pelik jgk 1 April orang semua tau. . .
tapi orang2 zaman sekarang ni ingat ke tarikh2 pnting dlm kalendar Islam. .
sory..isu ini agak sensitif. . .
tapi aku hanya ingin mengubah stigma masyarakat mengenai prkara ni. . .
ape yang aku paham, dalam Islam memang mlarang
April Fool ni. . .
bnda ni orang Barat je yg buat sbab memang dh budaya dorang..
kalau di translate ke bahasa melayu,
APRIL FOOL = APRIL B****
erkkk..aku rase agak kasar bunyinye. . .


so, mereka2 kat luar sana tu, please stop to do 'April Fool'. .
Being realize that we are Malaysians n importantly we are Muslim. .
tapi setiap orang ade persepsi masing2. . .
jadi renung2kanlah. . .

~~NOKTAH~~

Wednesday, March 23, 2011

Jalan- Jalan Cari Makan...

Alhamdulillah...aku masih diberi kesempatan utk menulis..:)
jadi budak kampus ni memang seronok..
just sometimes a bit bored when need to do many assignments n course project..
so, kalau dok terperap kt bilik je bosan meyyhhh.. ;p
yelah, 24 jam mngadap buku, laptop, nota, asigment,
aku pon leh jadi gila wehhh..hehe..
jadi smalam aku ngn tiqa, mira n lisa pon meronda lah cari makan..
naik ape??
hehehehehehe..
naik kete sewe...yolah, kami2 ni mane ade transport..
ade pon moto LC135 lisa pnye yang kaler merah tu
n berplat PJN bpe ntah no dia..;)
takkan nak naik 4 org...gilo ke ape..
nak naik bas, mane ade bas g tempat yg ktorang mkn ni..
discus punye discus, ktorang pon stuju nk mkn steamboat..
eeerrkkkk...bunyi cam mahal je kn..
tapi ktorang dh search kt internet n tnya kwn2 yg dh try steamboat area slangor ni..
paling pnting, cari yg murah, sedap n sesuai ngn standard student.
jadi ktorang pon spakat nak g area Kuang, selangor..dekat2 nak ke Rawang..
emmm...kalau dr uitm puncak alam ni dalam 25 or 30 mnit jgk laa...
lalu jalan ke Sungai Buloh..
sape2 yang nk g, dialukn sngat2..
ohhh...lpe bgtw tempat...hehe
sebenarnye kt area nih, bnyak kedai steamboat n bbq..
harga pon berpatutan, tak la mahal sngat..
tapi semalam petang ktorang plih tuk g Restoran D'manggis..
kenapa petang??
yelahhh..dah dorang bukak petang..
sblom g kdai ni, ktorang dh g meronda kt tempat lain dulu..
cam tu lah bila dh pegang krete..;P


khusyuk betul cik driver niehh...;)


sebelum makan semalam, smpat jgk ktorang g Tasik Biru, Kuang..
tapi tak la biru mane pon..
dah hijau..hehehe..
sekali pandang, dh mcm tasik biru yg kt johor tu..
memang tak cantik...tp sempat jgk berposing..heee



pemandangan tasik...emmm...sorry letak picture yg tak bape cun..hee



azeeda, amira, atiqah =)


aku n marlissa...

ok2...ckup2 la tu letak gambar kt tasik yg bape nk cun...hehe
lepas dari tasik ni, baru kami2 semua ni gerak g makan..
memang dh lpar time ni...;p


cehh..senyum je dorang yekk.. oppss..sorry..meja bersepah..huhu
pdahal 4 org je yg mkn..hee


;p


rase nak pegi lg je naty...tnggu bajet cukup...
student kena brjimat cermat..;p


jemput makan...hehe


cik mira ni ler yg m'ajak ktorang mkn kt sini..=)


penat meng'upload' gambar...
banyak lagi yg aku nk masukkan..
tp cam bese la, tenet aku ni sengal cket..
bila dah malam cmni, stat la sindrom2 sengal beliau..hehe
pepun, memang serunuk time ni..
InsyaAllah, kalau ade mase n ade rezeki,
boleh pegi lagi....;P

~~NOKTAH~~

Monday, March 21, 2011

Waka Waka

Waka Waka... =)
bukan gelak yg 'wakakaka' tu yer..
hehe..
mula2 dngar lagu nih, spatah haram aku tak paham..
tp bila aku tengok lirik dia kt youtube , memang lagu ni terbaekkk laahh..
semangat meyhhh dengar lagu ni..hee
lw korang prasan, lagu ni time piala dunia FIFA kt afrika tu..
sebab tu la lirik dia pon de bahasa afrika..
tak paham bahasa dorang, cari la Google dictionary...hehe
so...layannnn...
=)
p/s : opppssss...sblom aku terlupa..lw nk dngr lagu kt vdeo nih,
off kan la dlu yer background music blog nih..
~~chawwww~~



Saturday, March 19, 2011

Cinta Itu Indah =)

malam dah semakin larut tapi still rasa nak menulis lagi..
bukan apa..cuma nak menyampaikan apa yg terbuku kt hati..:)
tadi abg lan (abg ke-2 aku) datang..
niat asal dia nak anta baju yang aku minta sejak kelmarin...
alih2, boleh plak dia kata dia terlupa..hehe..klakar ade, kesian pon ade.. ;)
alahaiiii abg aku ni... ingtkan mase dia call time on da way td dia main2 (slalu dia main2 je)..skali btul2 trlupa daa..heeee.. tak pelah.. lepas dia bwak aku kuar tadi, dia pon balik..


haa...masuk balik kt citer blog lak..hehe
disebabkn ade la sorang member aku ni asyik dok citer bab cintan cintun nih, maka aku pon tergerak hati nak tulis pasal cinta kt blog nih...


CINTA??? erkkk... agak subjektif dan kadangkala agak sensitif..




setiap manusia yang hidup ni tak kan lari dari perasaan cinta ..
secara personal, aku selalu menganggap cinta ni satu perasaan yang unik dan indah yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia.. dari perasaan cinta lah kita dapat kenal dan menghargai kehadiran seseorang yang paling bermakna dalam hidup kita..
walaupun cinta itu indah, tapi terpulang kepada setiap orang untuk menilai dan membentuk cinta tu.. setiap orang ade persepsi masing2 dalam hal cinta ni..
ade yang bercinta untuk suka2 dan ade jugak yang bercinta untuk mengharapkan cinta tu
sampai ke akhir hayat....


tapi...


bak kata orang...,
cinta kepada bunga, bunga akan layu..
cinta kepada manusia, manusia akan berpisah atau pergi..
tapi..cinta kepada Allah S.W.T tu adalah cinta yang abadi..:)
ye.. memang betul semua tu.. memang indah kalau setiap benda yang kita buat, kita
akan selitkan rasa cinta kepada Allah..
kita hanya manusia biasa yang takkan lari dari perasaan cinta terhadap manusia..
tapi lagi indah rasenye kalau rasa cinta kepada manusia tu takkan melebihi rasa cinta kepada
Dia.. dengan kata lain, seseorang manusia tu akan lebih bahagia jika orang yang dicintai tu juga mempunyai rasa cinta yang tinggi kepada Allah S.W.T.. ;)


Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk
mencintai-Mu..
Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
mencintai hati seseorang yang hatinya tertaut
pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana.. jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling dari-Mu..
Ya Rabbul Izzati.. jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang rindukan syahid di jalan-Mu..
Ya Allah.. jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..
Ya Allah... jiak aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku terjatuh dan tertatih dalam
perjalanan menyeru manusia kepada-Mu......

Font size

-TAMAT- =)




Saturday, March 12, 2011

Pesan Emak

wahhhh....terasa begitu lama aku tak menjengah blog ni...
dah semakin besar nampaknya beliau skrang ni..hehe
masuk hari ni, dah seminggu aku balik bercuti dari my hometown, batu pahat.. ;)
seronok meyhhh... rasa nak lik lagi...
tapi segala test yg wujud kt kmpus ni mnjadikan aku meng'cancel'kn niat aku tu..huhuhu


dh seminggu ni, aku asyik dok teringat pesan mak kt aku..
huhuhu..
rase sedih tiba-tiba... (rindu mak pon ade wlwpon baru sminggu kat sini ;'(
teringat apa yg mak ckp masa petang aku blik cuti hari tu..


emak : adik... dah besar adik sekarang ni.. dah dekat 20 tahun.. (mak tersenyum)
aku : hehe..mestilah mak..adik kn dah membesar..bkn bdak kcik lagi..(ckp smbil tersengih)
emak : ye.. mak tw. mak pon dah makin tua..bkn muda mcm dulu lagi.. mak pon sjak sakit
dulu, banyak sangat yg mak rase lain.. yelah, dah tak boleh wt keje berat2 sangat..
nasib baik smpai hari ni, mak masih sempat tengok adik masuk u.. kalau lah mak
pergi dlu, mak tak sempat tengok adik berjaya.. mak sedih dulu tengok adik dtg
hospital siap bwak buku dgn keje skolah sebab nk tengok mak sakit kt hspital masa tu..
aku : (terdiam skjap. aku terus teringat pe yg mak ckp... rase sedih tiba2.. ye..dlu mase mak
sakit kt hspital, aku form 5 time tu.. nak dekat spm dah.. aku trpaksa ponteng kelas
tmbahan sbb nk tgok mak.. aku tido kt hosptal dkat dgn katil mak sbab aku tak smpai
hati tiggalkan mak sorang2.. aku buat keje dkat dgn mak sbab selalu kt umah, mak yg
tmankn aku study... sume tu satu ujian.. aku akn menangis bila teringat sume tu..)
emak : sekarang adik dh nak brjaya pon.. adik pon dh lbih berdikari sjak mak sakit..
aku : mak.. nape mak ckap cmni...adik sedih laa.. mak kn dah sihat sikit dari dulu...
emak : mak memang nmpak sihat skit.. tp mak kn dah makin tua.. entah sempat ke tak, tengok
adik keje pastu kawin nanti..
aku : (bertambah sedih..) sempatlah mak.. adik kn sayang mak..
emak : adik doalah mak panjang umur.. cuma mak nak pesan sikit.. adik, blajar betul2.. kita ni
bukan dari keluarga berada.. kita ni sderhana je.. mak ngan bapak adik bukan org
pndai2.. dulu pon hdup kte lagi susah dari sekarang.. cuma mak gmbira tengok ank2 mak berjaya skrang ni.. lagi satu, jaga maruah dengan hrga diri.. jadilah perempuan yg
paling tinggi maruah dan imannya.. adik.. ingatlah.. jangan tinggal sembahyang..
sembahyang tu wajib..jangan lupa buat solat sunat skali.. bila kita susah, x de sape nk tolong kita kcuali Allah.. Dia sntiasa ade dgn kita.. Dia dengar pe yg ada kt hati kita.. susah senang kita hari ni semuanya dari Dia.. adik.. doa mak kt anak2 mak tak pernah ptus.. mak tak nak ank2 mak hidup susah mcm mak dgn bapak.. mak sayang ank2 mak..
aku : (terdiam.. rasa sedih sngat..)
emak : adik.. hidup kita ni mcm roda.. kdang2 kita kat atas, kdng2 kita kt bawah.. tp ingtlah,
kat mana je kita ni, kita tetap sama.. sume tu ujian dari Allah..
aku : mak.. adik sedih sangat bila mak ckap cmni..
emak : adik.. ape plak nk sedih.. mak ckp cmni, sbb mak syg adik.. mak tak nak adik lupa bila
dah berjaya nanti... mak takot mak tak sempat pesan sume ni kt adik... mak nak adik
jd org berjaya kt dunia dgn akhirat..



hurmm... sedihnya ingat lik semua ni...
segala ape yang mak pesan, aku ingat sampai bila2..
ye...itulah mak aku... idola aku..
seorang perempuan yang paling aku bangga dlm dunia ni..
dia tak de pelajaran tinggi.. tak de jgk harta yg banyak..
tapi dia lah wanita yg malahirkan dan membesarkan aku n adik-bradik...
yang mngajar kitorang sume erti hidup...
yang mengajar ktorang pentingnya ilmu dunia dan akhirat..
dia lah org yg bagi pendidikan yg sempurna buat aku..
i love her so much..
i'm proud of her till the end of my life..

noktah.. ;)