Terbaeklah Kamooo...!

Saturday, December 22, 2012

Bila Hati Bercakap

Assalamualaikum w.b.t..
Panasnya cuaca tengahari ni.. Pepun, Alhamdulillah..
Cuaca panas pun rezeki Allah S.W.T jugak..
Bak kata manusia, panas itu melambangkan hati yang ceria..
Hujan itu melambangkan hati yang duka. :)
Tapi usahlah di sangka panas ini sehingga ke waktu petang,
kerana siapa sangka jika adanya hujan selepas ini.. :)


Sepanjang aku memiliki blog ini,
jarang benar rasanya aku meluahkan perasaan ketidakpuasan hati
atau yang sewaktu dengannya.. Mungkin ada la satu dua entri sahaja.
Untuk hari ini, tika ini, entah kenapa aku berasa sedikit terkilan..
Sedih mungkin.. Boleh juga bercampur sedikit marah..
Aku tidak mahu hatiku menjadi seperti ini..
Tapi aku bukan sapa-sapa.. Aku juga manusia.. Kuat mana pun aku sembunyi 
dari realiti, mana mungkin dapat menipu hati sendiri..
Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan..
Aku cuba untuk perbaiki diri walaupun kekhilafan itu ternyata bukan padaku..
Aku cuba menyayangi kau dan menghormati kau seperti darah daging sendiri..
Tapi aku gagal bila kau menambahkan lagi rasa pedih di hati ini.


Engkau.. Bukanlah sealiran darah dan sedaging denganku..
Engkau hadir dikala wujudnya satu ikatan murni antara
engkau dengan seorang lelaki yang sealiran darah denganku..
Lelaki yang bergelar saudaraku selamanya..
Seorang lelaki yang aku hormati dan aku sayangi selepas waliku..
Aku gembira, aku bahagia saat kalian di satukan..
Aku berharap aku akan terus menyayangi kau sehingga akhir nafas
    sepertimana aku menyayangi dan menghormati lelaki itu..
Aku yakin..


Tapi..


Tika ini engkau semakin berubah..
Engkau seperti bukan engkau yang aku kenali dulu..
Bukan seperti engkau yang sebelum adanya ikatan itu..
Rasa sayang dan hormat dalam diriku terhadap kau semakin diuji..
Setiap hari aku cuba mencambah semula rasa hormat itu..
Ternyata bukan mudah kerana aku merasakan seperti kegagalan itu
memihak kepadaku..
Rasa sedih, marah, geram bagaikan menjadi satu..
Tolonglah.. Sesungguhnya berhentilah menguji ku seperti ini..


Dikala wanita yang melahirkan aku serta suaminya yang juga waliku
pergi ber'dating' untuk menunaikan kewajipan rukun Islam kelima,
segala perilaku engkau semakin membuatkan aku terasa sungguh di uji..
Engkau bukan sahaja berjaya meng'uji' diriku..
Tetapi engkau juga sudah berjaya meng'uji' saudaraku yang lain..
Saudara yang sealiran darah dan sedaging denganku..
Hanya satu yang aku mampu katakan,
'terima kasih wahai perempuan'.
Engkau telah berjaya menghakis rasa hormat dan sayang aku terhadap engkau.
Tahniah.


Disaat wanita yang melahirkan aku sudah berada di hadapan mataku,
engkau langsung tidak mempunyai secebis rasa bersalah di benak hati..
Ya.. Engkau juga telah berjaya meyakinkan wanita itu
bahawa segala perilaku engkau sewaktu ketiadaannya itu
hanyalah 'lakonan' sahaja..
'Lakonan' yang hebat barangkali..
Seperti kata manusia, 'pijak semut pun tak mati'..
Aku tidak kesah jika wanita yang melahirkan aku itu telah berjaya kau yakinkan..
Tetapi aku kesah apabila dia berkata,
tolonglah jangan mengatakan perkara kurang baik terhadap engkau..
What???
Aku yang mengatakan perkara kurang baik terhadap engkau?
Tapi raealitinya??
 Ya.. Mungkin dia tidak tahu kisah sebenar di sebalik 'engkau'..
Aku tidak pernah menyalahkan wanita itu.. Sungguh..


Untuk engkau..
Aku hanya berharap tolonglah 'kembalikan' rasa sayang dan hormat aku
terhadap engkau.. Aku ingin rasa itu seperti hari pertama aku mengenali kau..
Sungguh, walau siapa engkau, aku cuba untuk perbaiki diri,
andai aku yang terkhilaf..
Jika tiada maaf yang kau pohonkan kepadaku dan saudara
yang sedarah dan sedaging denganku yang lain,
aku tetap akan memaafkan engkau
kerana aku juga menyayangi lelaki yang telah ada ikatan murni bersama engkau..
Lelaki yang menjadi imam mu kini..
Lelaki yang sentiasa aku sayangi dan hormati..
Tahniah juga aku ingin ucapkan atas rezeki yang bakal tiba tahun hadapan..
Aku berharap engkau akan berubah apabila wujudnya rezeki itu..


(-___________-)


-Sekian- 

Monday, December 17, 2012

Kisah Peminta Sedekah

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah malam ni masih mampu untuk membuka mata
dan menaip beberapa coretan yg tak seberapa..
Cuaca sejuk yang dah macam kat Alps ni memang sesuai
untuk lelapkan deria penglihatan ni..
Hujan renyai di tengah malam mampu untuk lelapkan sesiapa saja..
Sorongkan bantal kompem tido..:)


Okeyh..Okeyh.. Stop cerita yang tiada kaitan. :p
Cerita malam ni adalah kisah si peminta sedekah..
Kisah ni berlaku dalam dua tahun yang lepas (waktu aku student lagi).. 
Sejujurnya, aku tak pernah pandang rendah pada golongan ni..
Mungkin di sebabkan faktor kehidupan yang 
menjadikan mereka terdesak untuk mencari duit..
Kita sendiri pun tak tahu kisah hidup mereka ni..


TAPIIIII....


Kadang-kadang aku cukup marah pada insan yang sengaja
ingin mengambil jalan mudah dalam mencari wang..
Insan yang sengaja menjadi pengemis sedangkan
fizikal dan akal masih mampu untuk berusaha mencari wang
dengan cara yang lebih baik..


Okay.. Kisah peminta sedekah yang aku nak share ni berlaku 
di sebuah pasar malam di satu daerah di negeri Minangkabau..
Sorry.. Aku tak boleh nak state kan di mana daerah tu..
It is private and confidential... :)


Kisah bermula apabila di tengah-tengah pasar malam tu,
adalah seorang budak lelaki ni datang menghampiri aku..
Usia budak ni dalam 12 atau 13 tahun waktu tu.. (aku lihat dari segi fizikal dia)
Dengan membawa satu bekas seperti tabung,
memakai baju lusuh, seluar lusuh dan songkok yang sudah terkoyak,
dia pun meminta sedekah dengan berkata mahu membeli makanan
untuk dia dan adik-adik dia.. (tapi aku tak nampak adik-adik dia)
Dengan rasa yang penuh simpati kat budak laki ni,
aku pun mengeluarkan beberapa keping not berangka 1 dari dompet..
Aku hulurkan kat dia.. Aku rasa nilai duit yang aku bagi tu tak seberapa..
Tapi aku harap ia masih mampu untuk mengalas perut budak tu..
Dia pun melangkah pergi dan dari jauh aku lihat
dia masih berjalan meminta sedekah di sepanjang pasar malam......
1 jam kemudian, penat pusing dan membeli makanan,
aku gerak balik.. 
Dalam perjalanan, aku singgah di stesen minyak untuk ke tandas..
Bila aku berjalan ke belakang stesen untuk mencari tandas,
aku ternampak seorang budak lelaki yang duduk sedikit menyorok..
(mungkin dia tak sedar kehadiran aku)..
Itu budak kat pasar malam tadi !
Lagi aku terkejut, di satu sudut yang agak suram 
(tapi masih boleh dilihat dari jarak dekat),
budak tu tengah mengira duit.. Tak salah lagi..
Otak aku masih ingat wajah budak lelaki yang datang minta sedekah
kat pasar malam tadi..
Aku terus membiarkan budak laki tu tapi otak aku ligat berfikir kenapa
dia sanggup minta sedekah sampai macam tu sekali??
Semasa aku nak masuk kereta semula, datang sebuah kereta 
dan ada seorang lelaki pertengahan umur datang ke arah budak laki tu..
Aku rasa mungkin ayah dia.. Dan dengan senang hati dan hilai ketawa,
budak lelaki tu pun masuk ke kereta.. 
Tiada langsung riak wajah sedih seperti suramnya wajah ketika meminta sedekah..
Aku pun berfikir, itu ke peminta sedekah??


Aku sendiri tak tahu sebenarnya kisah yang menyebabkan budak lelaki
tu menjadi seorang peminta sedekah..
Tapi aku berharap andai ada manusia di luar sana 
yang ingin mencari jalan mudah dengan mempergunakan anak-anak
bawah umur untuk kepentingan mereka, itu sangat tidak patut..
Mereka sepatutnya di didik untuk mencari ilmu..
Segala yang aku tulis adalah kisah yang aku nk share dengan kalian..
Aku tidak pernah berkira nilai yang aku beri pada si 'peminta sedekah' tu..
Tapi aku terkilan kenapa dia sanggup berlakon dan menipu semua orang..
Mungkin ada sebab yang belum terungkai.. ==,


Okay.. Mata dah betul-betul mengantuk ni..
Andai esok masih ada, pasti akan ada entri akan datang..
Selamat malam !

(-_______________-)

Tuesday, December 4, 2012

My Day !

Assalamualaikum w.b.t... 
Dah lama rasanya aku tak update entri kan..:)
Terlalu banyak ceritera sebenarnya yang ingin di update..
Tapi kerana sibuk, maka blog ini pon berhabuk.. hehe


Ok.. Tak nak bebel lama-lama.. :p
 My Day !
Yezza... Setelah beberapa purnama aku menelaah ilmu,
maka tibalah hari yang di tunggu.. 
Hari bergraduasi atau nama saintifiknya konvokesyen..hehe
Alhamdulillah.. Pada 25 November 2012 (Ahad),
Segalanya berjalan lancar..
Walaupun emak dengan bapak aku tak dapat hadir pada hari ni,
(kerana mereka baru tiba beberapa hari dari Tanah Suci),
tapi thanx a lot to my brother (along n wife)
kerana sudi untuk melihat adik mu ini bergraduasi.. :)


Picta ini sudah selamat di edit.. Hehe


Maka, dengan ini secara rasminya aku telah menjadi
Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM)..
Gembira tapi sedih jugak kerana aku masih merindui zaman pengajian..
In Shaa Allah, jika di beri peluang dan di panjangkan usia,
aku ingin sekali menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi..


Ok.. Malas nak upload gambar banyak-banyak..
Cukup cukup sudah la tu..hehehe
Pepun, kejayaan aku hari ini tidak akan dapat di capai tanpa
mereka-mereka yang berada di sisi ku...


Untuk emak dan bapak,
Tanpa kalian, tiada lah aku di dunia ini..
Terima kasih kerana mendidikku dengan sempurna,
Memberi kasih sayang kalian yang tidak berbelah bahagi,
Dan menjadikan aku insan yang paling bersyukur 
di dunia ini dengan kesederhaan hidup tapi
dilimpahi dengan kesempurnaan..
Doa dan redha kalian sentiasa ku harapkan di sepanjang hidup ini.. :')

 
Untuk abang-abang dan kakak-kakak,
terima kasih aku ucapkan atas segala bantuan
yang diberikan sepanjang kehidupan ini..
Kasih sayang dan bantuan kalian selama ini,
tidak dapat aku balas dengan harta dan kata-kata..
Pengorbanan kalian akan sentiasa tersemat di hati ini..
Semoga ikatan kekeluargaan kita akan kekal abadi selamanya.. :)


Dan buat si dia yang teristimewa... (blushing *.*) hehe
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan melainkan
Alhamdulillah dan rasa syukur kerana engkau
masih di sisi ku sehingga ke hari ini..
Dan aku berharap perhubungan ini akan menjadi yang halal
 satu hari nanti dan akan kekal selamanya..
Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan
sokongan sepanjang pengajian ku selama ini..
Engkau sentiasa setia mendengar keluh kesah,
suka duka dan tawa gembira aku..:)
Engkau lah sahabat, engkau lah teman, dan 
jika di makbulkan doa kita, engkaulah imam ku until Jannah.. :')
Dan terima kasih juga kerana 
engkau telah memberikan aku bukti bahawa 
 percintaan itu adalah penguat semangat dan sumber kejayaan,
bukan kegagalan... Thanx a lot..


Terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan,
kerana sama-sama melalui kehidupan
sebagai seorang student...
Now, we are grad together ! Alhamdulillah.. :)
Oh ya, untuk para pendidik ku yang ku sayangi,
terima kasih buat para Dr., Encik, Puan dan Cik... Hehe
Jasa kalian ku sanjung selamanya..


Okay.. Inilah insan-insan di belakangku selama ni..
Doa kalian sentiasa mengiringi langkah ku.. :)
TERIMA KASIH ANDA SEMUA !! 








Sunday, October 28, 2012

Keje Oh Keje !

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang semua..:)
(dah macam nk bg ucapan..hehe)
Disebabkan bosan tak boleh nak tido, 
aku pun turn on my lappy.
Then, masukkan aku punye 'berukband'. ;)
Hari ni aku masih stay kat Shah Alam, rumah abang aku..
Walaupun line tak la selaju cam kat rumah sewa aku,
tapi boleh laaaaa... Hee


Ramai orang dan member aku tanya, aku dah keje ke sekarang ni..? :)
Yezza.. Aku memang dah keje..
    Sekarang aku duduk menyewa kat Petaling Jaya..
Tapi hujung minggu atau time ada kelapangan aku akan 
balik Shah Alam..
Sebenarnye aku baru je keje dalam bulan 10 ni jgk..
Alhamdulillah aku dapat keje kat NASOM cawangan Petaling Jaya..
NASOM ?? Ok.. NASOM ialah..
The National Autism Society of Malaysia atau juga dikenali sebagai 
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia....



Boleh tengok pic di bawah>> 





NASOM merupakan satu badan bukan kerajaan yang 
di tubuhkan khas untuk memberi pendidikan dan terapi
untuk kanak-kanak yang menghidap Autisma..
Walaupun aku tidak bekerja di hospital,
tapi fungsi Occupational Therapy di NASOM ni amat diperlukan 
untuk kanak-kanak istimewa ni..
Autisma secara ringkasnya adalah penyakit jangka panjang 
yang mengganggu pembelajaran, pertuturan, emosi 
dan perkembangan sosial kanak-kanak ni.. 
Walaupun mereka tiada masalah dalam perkembangan fizikal, 
tetapi mereka memerlukan bantuan dalam menguruskan kehidupan seharian..
Korang boleh Google search untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Autisme.



Sekarang, NASOM mempunyai 14 cawangan di seluruh Malaysia..
Aku pulak bekerja di 
Pusat Intervensi Autisma NASOM - Kelab Kiwanis Bukit Kiara,
Petaling Jaya..
Bekerja dengan kanak-kanak istimewa ni seringkali
membuat aku bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T..
Bersyukur kerana Dia menjadikan aku insan seperti 
hari ni...mampu menikmati kehidupan di dunia
dengan sempurna.. Alhamdulillah..



Kepada anak-anak istimewa ini, 
ingin aku katakan..
air mata ini seringkali ingin jatuh melihat kalian..
Tapi aku berbangga kerana aku masih kuat,
masih mampu untuk 'bekerja' dengan anda semua..
Lagi kuat ibu bapa anda semua yang sering berusaha,
sabar melayan kerenah kalian,
walaupun sampai satu masa, mereka sendiri menangis 
mengenangkan nasib kalian andai mereka pergi menghadap Ilahi..
Aku berharap satu hari nanti kalian akan menjadi insan 
istimewa yang cemerlang.. 
Jangan pedulikan kekurangan diri..
Aku hanya membantu kalian untuk 'sementara',
membantu kalian dengan ilmu yang aku pelajari selama ini,
kerana pada masa akan datang,
anda semua perlu berdikari sendiri....



Esok dah hari isnin, maknanya kena kerja..
Ya Allah, jadikanlah aku insan yang kuat dan tabah.. :')


>>Peace yaww!!<<

Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha

Assalamulaikum w.b.t.. Salam ukhwah..
Alhamdulillah hari ni aku masih mampu untuk menulis
walaupun mata dah agak berpinar 
di sebabkan dari tadi sibuk menyiapkan hal-hal berkaitan 
konvokesyen di dunia hujung jari ni . :) 


::SALAM AIDILADHA::
Ikhlas : Cik Zeeda :) 
jimat kredit... hehehe


Ok.. Lagi sekali aku nak ucapkan selamat menyambut 
Hari Raya AidilAdha buat seluruh umat Islam
di Malaysia dan jemaah-jemaah haji Malaysia di Mekah..
Semoga kita akan bertemu lagi pada AidilAdha tahun depan.
InsyaAllah..
Raya haji tahun ni, aku tak balik kampung pun..:(
First, tiket dah tak ada..
Second, emak dengan bapak aku pulak tunai ibadah haji..
So, kakak aku kata,
tak pelah.. Tak payah la balik sebab parents aku tak ada,
isnin aku dah keje, mesti ahad kelam kabut nak balik..
Hmmm.. Baiklah kakak ku..:(
Pepun, Alhamdulillah sebab aku masih ada abang 
di Shah Alam.. Aku balik rumah dia semalam petang..
Untuk Abg Lan, tenkiu sebab amek adik 
kat petaling jaya semalam ..
Jasa anda akan ku kenang selamanya.. :)


Tapi tu la.. Raya kat bandar tak sama macam kat kampung..
Tak pelah.. Untuk tahun ni aje..
Hope tahun depan boleh raya kat kampung..


Kepada yang buat ibadah korban pada tahun ini,
Alhamdulillah.. Semoga Allah S.W.T memberi 
rahmat dan pahala yang tinggi kepada kalian.. 
Mudah-mudahan akan ada rezeki lagi untuk kalian
menunaikan ibadah korban pada tahun akan datang..
InsyaAllah..




>> Peace yaww !! Selamat malam<<

Saturday, October 20, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum..
Selepas hampir dua bulan menyepi, now today baru aku 
update entri baru.. Heee..
Hari ni baru aku perasan ada new follower yang follow blog aku..
Kepada anda yg berkenaan, terima kasih aku ucapkan.. :)  
Sesungguhnya blog ini tidak lah menarik..
Simple. Hanya cerita aku. :)


>>AKU TERIMA NIKAHNYA<<


Oppss !! Jangan salah faham.. :)
Bukan aku yang sudah bernikah dan dinikahi...
Tak sampai seru lagi..
Itu hanya tajuk entri saja meyhh.. :)
Ha, tengok plak gambar kat bawah ni..
(credit to : Mr. Google yg kacak, cantik, hensem lagi menawan..keh3)



 Wahhhh... Kacak dan cantik mereka berdua kan..heeee
So, inilah gambar yang berkait dengan 
tajuk entri aku kali ni..
 'Aku Terima Nikahnya' hanyalah sebuah filem..
Hari ni aku dgn roomate aku, Amira, pergi lah tengok citer ni
kat Mid Valley Megamall..  
Almaklumlah, hari ni tak keje, so merayau lah..
(Walaupun aku demam hari ni..) ;)


(Again, credit to : Mr. Google. Anda banyak berjasa kepadaku..) :)


Cerita 'Aku Terima Nikahnya' tadi start pada pukul 1.30 ptg..
Tepat jam 3 ptg, citer pon dah the end..
Bagi aku, not bad citer ni.. 
Walaupun agak simple, tapi jalan cerita dia mudah difahami..
(dah macam pengulas filem plak aku ni ye..hehe)


Ok lah.. Aku bagi sinopsis sikit pasal citer ni..
Ni based kepada apa yang aku tengok tadi la ye..
Tak de copy paste dari mana-mana.. :)
Mengisahkan tentang Alisa (Nora Danish) yang bahagia 
bila dia dah selamat bernikah dengan Johan (Adi Putra)..
Kehidupan lepas kahwin antara mereka ni bahagia sangat
sampai lah satu hari Johan accident..
 Accident tu jadi masa Johan joging n dia dirempuh kereta..
Johan koma sebulan..
Bila lepas sedar dari koma, Johan langsung tak ingat 
siapa Alisa n dia tak ingat Alisa ialah isteri yang dulu dinikahi..
Macam2 cara yang Alisa buat untuk pulihkan ingatan suami dia..
Tapi banyak konflik yang terjadi..
So, nak tau citer penuh, boleh lah anda-anda 
semua pergi meng'kaya'kan mana2 pnggung wayang..hehe
Tak pun menambahkan lagi kerajinan 'Mr.Google'
untuk search and download citer ni..:)))


 Ok ! Mata aku pun dah nak melabuhkan tirainya ni..
Kalau panjang umur kita jumpa lagi ! :)
:::::Salam ukhwah:::::


Friday, August 10, 2012

Puasa, Raya dan Pelita

Assalamualaikum...
Dah agak bersawang blog ni semenjak dua menjak, tiga menjak 
dan beberapa menjak kebelakangan ni.. Hee
Mula-mula sekali aku nak ucap 'Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan' ni..
Alhamdulillah, hari ni dah hari yang ke 21 kita berpuasa.
Cepat kan masa berlalu..
Aku berdoa semoga kita semua di panjangkan usia dan boleh bertemu 
lagi bulan Ramadhan pada tahun akan datang.. InsyaAllah..


Bila dah sebulan berpuasa, maka Syawal pun mesti datang kan.. :)
"Yeayyy, esok rayaaaa!!"
Happy yang tak terkawal bila dengar nak raya tu.. 
Tu kalau aku dulu waktu kecik-kecik laa..
Pengumuman puasa aku buat tak tau aje.. 
Bila pak cik yang pegang mohor besar raja-raja tu buat pengumuman raya,
of kos aku yang duduk first depan tv.. hehe
Itu kisah dulu-dulu kala.. Sekarang idok ler perangai seghupo gitu.. :))


Tapi... Bila dah dewasa ni, entah kenapa aku rasa kurangnya rasa meriah kat hati ni.
Mungkin faktor usia.. :)
Bila sebut hari raya, siapa paling happy kalau bukan budak-budak..
Semua mesti nak serba baru.. Dari kepala sampai ke kaki kalau boleh nak meriah.. :)
Tapi sekarang.. Aku bukan lagi dalam kumpulan kanak-kanak mcm dulu..
Hari raya sekarang ni bagi seribu makna dalam diri aku..
Rasa syukur dan gembira cuma dapat aku gambarkan dalam hati.. 
Sedih dan rasa sayu yang hadir kadang-kadang buat aku rasa terharu..
Mungkin pengalaman hidup itu mematangkan dan mendewasakn aku.. :)


Bila diri aku ni dah semakin membesar, aku rasa banyak benda yang dah berubah..
Walaupun tak semua, tapi sikit itu tetap ada.. 
Standard dengan adanya macam-macam teknologi sekarang ni..
Agak-agak ada tak orang yang tak kenal PELITA?? Heee
Sesape tak kenal, tak payah raya lah korang.. :P
Tak pe.. Aku dah kasi upload itu pelita kat bawah ni..

    
Yeahhh.. cun jugak gambo pelita ni.. 
Tapi aku rasa sekarang ni susah nye nak jumpa pelita yang rupa camni..
(ke kat tempat aku ni je yang tak dek bendalah ni??) 
Sekarang ramai orang guna lampu elektrik untuk digantikan dengan pelita..
Sebab utama dia ialah kurang nya bahan api atau minyak tanah (gasolin) yang 
digunakan untuk isi kat dalam pelita ni..
Aku pon jarang dah jumpa pelita raya yang design klasik ni..
Ada tu memang ada,, Tapi yang design yang lain punya.. Macam yang ni...               


Cerita pasal pelita, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu.. Waktu sekolah rendah..:)
Rumah aku dulu tiap tahun memang pasang pelita raya..
Jadi tiap petang, aku atau dengan abang aku mesti susun pelita yg dah berisi 
minyak tanah tu kat tiang-tiang yang bapak aku dah sediakan..
Dengan bawak bakul, aku pegi la susun satu-persatu..
Kalau kecik laman rumah aku ni tak pe la jugak, ini boleh semput aku di buatnye..hee
Bila lepas buka puasa je, abang aku mesti nyalakan pelita-pelita tu..
Tapi dia pun kadang-kadang penakut jugak.. Jadi akulah yang teman..:)
Bila ada mercun atau bunga api, memang itu lah waktu yang paling best sangat2..
Tapi kalau hari hujan, memang tak ada pelita lah kan..
Bila pelita-pelita tu hidup, waktu pagi mestilah dah tak menyala lagi..
Jadi pepagi buta, kalau time tak sekolah, aku mesti kena kutip pelita-pelita tu semula
sebab nanti petang nye bapak aku nak isi minyak lagi..
Dia risau kalau nak menunggu petang, sempat hujan pulak nanti, abis basah lah pelita..
Seronok sebenarnya waktu tu.. :)


Tapi sekarang ni rumah aku pun dah tak pakai pelita mcm tu lagi..
Yelah, bukan senang nak dapat bahan api.. 
Jadi, sekarang ni rumah aku guna lampu elektrik.. 
Memanglah bertiang dan bermentol.. Tapi tetap tak sama dengan pelita kan..:(
Pepun, kenangan masa kecik dengan si pelita tu memang aku tak lupa sampai bila2..


:::SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA :) :::::
 

Wednesday, June 6, 2012

Berserah Kepada-Nya

Assalamualaikum... Salam Ukhwah..
Rasenye, tiada entri yang aku pos di sepanjang bulan Mei.. Maaf..
Disebabkan line internet yang kurang memuaskan, sangat2 membataskan 
jari-jemari ini untuk meng'update' entri baru.. 
Terlalu banyak cerita di setiap detik dan waktu,
tapi aku tak mampu untuk share bersama kalian..


For this first post in June, 
there's nothing special and interesting story..
Tapi paling best bila sekarang aku dah ade lesen kereta.. :)
Aku tau ramai kwn2 aku dah ade pon lesen..
Aku jek yg agak lambat.. 
Alhamdulillah, bertambah sudah lesen selepas memiliki lesen motor
lebih kurang 3 tahun.. 
Rase nak amek lesen lori plak.. Hee :)


Okayy.. Cerita di atas tiada kene mengena dengan tajuk entri..


Sekarang, lebih kurang hampir 2 bulan aku dah tamat study.
Aku just duduk rumah dengan gembira 
dan menjadi 'penanam anggur' berjaya.. :)
Tapi, jauh di sudut hati, aku juga nak bekerja..
Bekerja dalam bidang yang aku study selama ni..
Dah banyak resume yang aku hantar..
Tapi, rezeki belum memihak kat aku..
Ade jugak kwn2 aku dah bekerja dalam bidang kami..
Tahniah.. Rezeki itu masing-masing kan.. :)


Kadang-kadang aku sedih jugak..
Mak kata, 
"tak pe.. sabar.. duduk rumah dulu.."
"InsyaAllah..nanti ade la rezeki tu.. "
Aku nak keje part-time, tapi mak tak bagi..
Mak kata, parent aku masih mampu tanggung aku..
Ye.. memang betul.. Tapi aku pun nak pegang duit
hasil titik peluh sendiri.. 
Sungguh mereka mampu, tapi aku tak nak
menyusahkan mereka.. 


Hanya doa yang mampu aku lakukan skrang ni..
Doa di permudahkan segalanya..
  Selepas doa dan usaha,
aku hanya mampu berserah kepada-Nya........



 

Saturday, April 28, 2012

Alhamdulillah.....

Assalamulaikum...
Lega hati ini bila result final semester sudah selamat 'menjelmakan' diri beliau..hehe
'Ketaq' lutut aku nak membuka result semalam.. Tapi..
Tiada apa yang mampu aku ucapkan selain Alhamdulillah dan bersyukur kepada-Nya
kerana keputusan yang membuatkan aku terkejut macam nak pengsan gamaknya..:)
GPA aku yang di luar jangkaan and of course CGPA aku pun semakin 'cumel'.. Heee
( Tahniah juga kepada mereka yang mendapat Dekan untuk sem ni )


Okay.. Itu cerita pertama.... :)


Hari ni punya celita.....
Aku tak sangka aku boleh dapat ujian MedSI..
MedSI = Malaysian Educators Selector Inventory
Hari ni aku telah mengahadirkan diri aku dengan jayanya di High School Batu Pahat untuk
buat ujian ni..
MedSI ni adalah ujian yang dijalankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia kepada 
meraka2 dan beliau2 yang mohon ke jurusan pendidikan.. (kira ujian kelayakan la jgk)
Sebenarnya aku tak jangka pun boleh dapat..
Masa isi UPU tu, aku main isi je pendidikan ni.. (bukan pilihan pertama pun)
Tapi, dah rezeki.. Baik pergi je kan.. hehe


Tapi......

Aku masih sayangkan jurusan aku sekarang ni....
Jujur.. Jiwa aku masih pada dunia sains kesihatan..
Aku rasa puas bekerja dengan pesakit.. 
Ya... Aku perlu bersabar dan terus berdoa..
Sebab bidang aku sekarang ni sangat sengit di alam pekerjaan tak kira swasta atau kerajaan..
Tapi, aku tetap percaya..
Rezeki itu mesti milik aku satu hari nanti.. InsyaAllah..

~~ Ok.. C U Again~~
^_^

Friday, April 13, 2012

Selipar Jepun dan Kasut Tumit Tinggi

Asssalamulaikum dan salam ukhwah....
Alhamdulillah hari ni masih mampu untuk menaip coretan yang tidak seberapa ini..
Semua mesti kenal 'objek' yang menjadi tajuk entri aku hari ni kan..:)





Yeahh..tu dia.. Ni lah selipar jepun.. Yang harga cuma brapa hengget je tu.. :)



Haaa...Yang ni pulak semua dah sedia maklum la kan.. Dari jauh dah nampak tumit dia..
(p/s :Yang penting ini bukan kasut aku..hehe)


So, entri malam ni bukanlah aku nak cerita sapa punye kasut ni atau dari mana benda ni wujud.
Tapi aku hanya ingin menulis segelintir stigma masyaratkat
mengenai 'objek' yg melindungi kaki setiap manusia di muka bumi ni..
Ade sesetengah orang suka pakai selipar jepun tak kira ke mana dia pergi walaupun keluar 'dating' dgn girlfriend atau boyfriend sendiri !
Tapi ade jugak orang yang suka pakai kasut tumit tinggi walaupun cuma nak masuk tandas..:)

Orang-orang kat luar sana jugak selalu kata selipar jepun tu untuk pakai kat dalam tandas je.. Yelah.. Selipar murah katanya.. Jadi tak payah la nk 'interprem' sangat kan..
Jatuh saham la kan kalau pakai selipar jepun kat tempat awam..
Betul ke ??

Orang-orang kat luar sana jugak selalu kata kasut tumit tinggi tu untuk pergi 'jalan-jalan'..
Harga mahal.. Mana boleh selalu pakai kat rumah.. Nanti kotor pastu dah tak cantik..
Lagipun rasa bangga sikit pakai kasut tumit tinggi sebab nanti ramai orang tengok..
Betul ke ??

Jadi..........
Kolot sangat ke pakai selipar jepun yang berharga RM2.50 kat
pusat membeli-belah yang paling terkemuka?
Dan.. Hebat sangat ke pakai kasut tumit tinggi yang berharga RM250.oo kat
pasar untuk beli ikan dengan sayur?

Setiap orang ada pandangan masing-masing dari kaca mata mereka sendiri..
Bagi aku, selipar jepun atau kasut tumit tinggi bukanlah melambangkan status sebenar
seseorang itu.. Ya.. Mungkin pandangan untuk kali pertama melihatkan 'objek' tu
adalah status diri mereka... Tapi..
Kata orang, "don't judge a book by it's cover"..
Wujud juga orang ternama yang mempunyai nama dan pangkat,
tanpa rasa malu memakai selipar jepun yang harganya cuma RM2.50 !
Bukan kedekut.. Tapi untuk keselesaan sendiri... :)
Juga.. Si pemakai kasut tumit tinggi...
Itu tidak semestinya melambangkan bahawa dia seseorang yang kaya..(tapi mungkin juga)
Jika kasut itu adalah menjadi keselesaan mereka,
tentunya sanggup sahaja menyimpan duit saban hari untuk membeli kasut tu
walaupun harganya beratus dan langsung tidak berbaloi pada pandangan mata kita..

Jadi.... Kasut hanyalah pelindung untuk kaki manusia..
Pemakaian mengikut keselesaan adalah objektif yang utama..
Rupa dan harga kasut tidak boleh di jadikan sebagai benteng 'status' seseorang tu..
Paling penting, beli dan pakailah kasut mengikut kemampuan dan keselesaan..

-PEACE~~ (^_^)v -

Monday, April 9, 2012

Hati Ini Milik Siapa??

Salam..Mata sudah mula mengantuk..
Tapi jari masih mahu menaip...
Abaikan tajuk entri ni..
Tiada kena mengena antara yang hidup atau sudah tiada.. :)

Terdetik kat hati ni nak menulis entri ni bila adalah
seorang member aku ni bertanya,
" aku dengar kau dah dah de yg berpunya, tapi relax je
cam tak de gaya org bercinta.."
Aku tersenyum.. Aku balas,
" camne gaya org bercinta..?"

Dia sambung lagi,
" haishh kau ni.. tanye cam budak kecik.. yelah, org lain yg ade pakwe,
kuar 'date', amik gamba sama2 pastu letak kat blog.. kalau
boleh, kt blog tu sebesar2 alam gambar dorang.. ni aku tengok
blog kau ni tak de pun gamba 'boy' tu.. kau pun relax je
tak de sebok dgn henpon 24 jam.."
haaa...tu dia... panjang lebar dia balas..
tak pelah..

itu idea positif dari dia.. ;)

Hmm.. Sangat selalu aku dapat s0alan cepu emas camtu..
Kepada mereka yg bertanya, aku hargai sangat2..
Kepada mereka yg mengenali aku, mereka akan kenal
aku dan diri aku..


Tak pernah lagi aku pos entri yg berkaitan perkara mcm ni.. :)
Hati ini sudah di isi, tapi belum memiliki..
Kenapa??
Kerana.. Aku masih milik mak bapak dan keluarga aku..
Aku masih lagi menjadi amanah Allah S.W.T untuk mereka mendidik aku..
Aku masih lagi menjadi tanggunggjawab mereka..
Hati ini akan dia miliki seandainya satu hari nanti
Allah S.W.T memakbulkan doa kami untuk menjadi yg halal..
Masa depan aku dan dia masih jauh..
Aku di sini dan dia di sana..mengejar ilmu untuk capai impian..

Sama2 memberi semangat untuk berjaya..
Bersyukur kerana Allah S.W.T memberi peluang
untuk aku mengenali dia..

Bila semakin dewasa, aku semakin matang..
Perasaan cinta adalah anugerah terindah dari-Nya..
Cinta bukan untuk suka2 dan sehari dua..
Tapi perasaan itu adalah landasan untuk perhubungan yg halal
sehingga ke akhir hayat..

Tapi maaf.. Aku tiada gambar2 insan di hati ni untuk tatapan umum.
Kerana itu c
ara aku..
Biarlah orang lain mengenali dia dgn cara masing2..
Bukan kerana aku..




So, malam sudah berganti pagi,
insyaAllah kita berjumpa lagi.... ^_^

Friday, March 23, 2012

Kami....

salam... =)
malam ni jari aku ni rasa gatal nak meng'upload' gambar yang lain dari selalu..
tapi tak de la pelik sangat gambar tu di pandangan mata... :)



Yeahhh..tu dia....gambar aku yang agak huduh itu sudah selamat meng'upload' kan dirinya..
Aku yang mana?? haihhh..malu saya nak mengaku niehh..hehe
Of course lah aku yang ada masalah penglihatan itu.. kata lain, rabun bercermin mata.. =)
Haaa..ni nak bagi tau ni..awek sebelah aku ni adalah housemate aku masa aku praktikal kt melaka tu..she is Ainaa.. lemah lembut je budak niehh.. sama course dengan aku..

Gambar ni kitorang amik masa sama2 kuar pergi jenjalan kt melaka time hujung minggu..
Sebenarnye, masa kat kampus, aku tak lah rapat dengan minah nie..
Yelah..dia budak pandai, kat kelas duduk depan.. aku? aku hanya budak biasa saje..
Tapi, bila kami di tempatkan di satu tempat klinikal yang sama, maka bermulalah satu episod baru bila aku sama-sama menyewa satu rumah dengan dia dan member2 dia..
Mula-mula aku agak budak nie tak nak ler kawan dengan aku..
Yelah..aku ni kan nakal sikit..hehe..tapi aku silap... she is a good friend..
Bila satu rumah, baru aku tau dia ni macam mana orangnya..

Walaupun cuma tiga bulan aku dapat kenal dia dengan lebih rapat, tapi aku seronok serumah dengan dia...(walaupun kat rumah tu ade yang aku tak berapa nak 'ngam') =)
Now, aku pulang ke tanah air...(wah !)
Dia pun balik la negeri dia di Pantai Timur (bukan Kelate ok)..
To Ainaa, aku happy dapat mengenali kau, juga kawan-kawan lain kat rumah tu yang sebelum ni aku tak rapat dan aku tak kenal kalian semua... =)
Sorry..
Tak dapat nak upload banyak gambar korang sebab line bb aku nieh dah macam siput gamaknye... Maybe next time.. InsyaAllah..

Wednesday, March 21, 2012

First Post in 2012 :)

Salam... Yeah.. First entri in 2012..

Dah bosan aku 'ghaibkan' diri dari blog ni, then hari ni aku muncul kembali.. ;) Kekok plak rasanye bila dah lama tak menaip papan kekunci Compaq CQ40 ni.. Ada juga manusia di luar sana yang bertanya kenapa blog ni semakin sunyi.. The main reason is aku sibuk sejak praktikal di Melaka tempoh hari... Now, aku baru habiskan sesi klinikal dalam tempoh baru tiga minggu ni... Sekarang duduk rumah tanam anggur.. =D

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012 ni.. Haihh, tak mampu rasanya aku nak me'rewind' balik setiap perkara yang terjadi... Malam ni pun tak tahu ape benda yang aku nak tulis.. Hehehe.. Bila dah menjadi penganggur bertauliah ni, mula lah rindu nak pergi kelas macam kat kampus dulu2 (ceh, cam bertahun jek aku tinggalkan kampus)... Siyes meyhh.. Aku betul2 rindu nak buat asignment, pergi lab, kelas and library (library tu pon sebab terdesak nak siapkan asignment..hehe)... Paling tak lupa, kelas with Mr. J.. Terbaekk.. Aku siap tertido setiap kali kelas and lab dia.. But, bila pergi klinikal, segala curahan ilmu yang dia bagi, memang berguna... Thanx a lot to him~~ :D

Ok.. Next time aku akan menulis lagi.. Kepala suda ting tong, katil suda panggil.. ~CHOWW~