Terbaeklah Kamooo...!

Wednesday, July 6, 2011

Pesanan Buat Si Dia......

buat dirinya yang sentiasa di hati,
pesanan ini adalah lahir dari hati yg ikhlas...
maaf kerana aku sendiri tak mampu untuk menyampaikannya kepadamu...


buat si dia....
aku mahu kau tahu bahawa cinta agung adalah cinta-Nya,
aku mahu kau tahu bahawa cinta manusia akan membuatkan kau alpa,
tolong jangan mencintaiku lebih dari mencintai Yang Maha Esa,
dan janganlah mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa..

buat si dia....
janganlah mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapamu,
ingatlah, dahulukanlah Allah kerana di situ ada syurga-Nya,
dan dahulukanlah ibu bapamu kerana di telapak ibu itulah syurgamu,
aku terpikat kepadamu kerana imanmu bukan rupamu,
dan aku cintakan zuhudmu bukan hartamu...

buat si dia....
ketahuilah, aku milik Yang Maha Esa,
aku masih milik keluarga,
ingatlah, kau mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapamu...

buat si dia....
maaf kerana aku enggan diri ini dirapati,
kerana aku menjaga batas antara kita,
maaf kerana jarak menjadi bertambah rindunya,
kerana itulah ujian Yana Maha Esa,
maaf juga kerana aku enggan menjadi fitnah kepada dirimu...

buat si dia,
aku tak mahu melekakan dirimu,
aku mahu kau berjaya dalam impian dan cita-citamu,
aku mahu kau menjadi penyokong dalam kejayaanku,
aku mahu kita berjaya di dunia dan di akhirat sana.....

buat si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
ketahuilah, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
hubungan ini terjaga andai kita menjaga hubungan dengan Yang Maha Esa....

buat si dia,
andai satu hari nanti Allah menduga diri kita,
Allah mengambil kembali anugerah cinta ini,
Allah mengembalikan diri kita kepada-Nya,
berdoalah agar kita dipertemukan kembali di syurga yang kekal abadi.....


2 comments:

  1. dik...mcm pernah ku lihat ini sajak...mana la ko copy ni..zeeda oooiiiii...heheheheh...ok gak kan

    ReplyDelete
  2. oiii kakak...
    mane de adik copy...
    ini orginal maaa....
    ntah kt mane la tu kakak tengok...;)

    ReplyDelete