Terbaeklah Kamooo...!

Saturday, September 21, 2013

Dunia Baru

Assalamualaikum w.b.t...
Rasanya dah hampir 3 bulan blog aku ni sepi tanpa cerita..
Aku rasa aku ni sibuk mengalahkan wakil rakyat.. Hehe
Tapi memang terlalu banyak perkara yang jadi...sehingga blog 
ni tak sempat untuk di'kemas'.. :)


Ada apa dengan tajuk entri kali ni ? 
Tak ada apa pun.. Tapi kehidupan ni kadang-kadang berubah kan..
Lepas banyak perkara yang jadi sepanjang tahun ni,
Alhamdulillah aku nampak hikmah di sebalik semua kejadian..
Kalau dulu aku bekerja di sektor swasta, tapi atas rezeki dari-Nya,
sekarang aku diberi peluang untuk bekerja dengan kerajaan.. 
Banyak benda yang berbeza dari dulu..
Tapi pelan-pelan aku cuba 'suai kenal' dengan dunia baru aku ni..


Tak ada apa yang nak di banggakan dengan dunia kerja yang baru ni..
Walaupun ada suara-suara yang berkata, 
nampak hebat dan gah bila bekerja di dalam hospital.. 
 Tapi secara jujurnya, bagi aku, bekerja di hospital bukanlah sesuatu benda mudah.
Ia berkaitan nyawa.. 
Bekerja dengan manusia jauh berbeza dengan bekerja menggunakan mesin..
Jika kita yang membuat silap, bukan saja balasan di dunia kita dapat.
Tapi kesilapan tu mungkin terus dibawa sehingga ke akhirat nanti..
Aku hanya selalu berdoa semoga Allah s.w.t sentiasa beri aku kekuatan,
keimanan yang tinggi dan keikhlasan hati bila bertugas.. 


Mungkin bukan semua orang memahami tugas para staf di hospital..
Kadang-kadang terlalu ramai orang yang mengeluarkan 'suara' yang 'kurang membina'.
Bagi aku, terpulang kepada diri masing-masing untuk mengkritik.
Tapi aku selalu mengharapkan agar mereka memahami tugas kami..
Fahamilah bahawa tugas di hospital bukan satu tanggungjawab mudah..
Sekali tersilap, tak mungkin boleh berpatah balik..
Semoga aku tabah menjalani hari-hari yang akan datang..:) 


(credit to Google.)
( Di sinilah tempat aku mencari rezeki )
Semoga semuanya berjalan lancar hari ini dan akan datang.. :)
^________^

Thursday, June 13, 2013

Zaman Si Kecil

Assalamualaikum..


Andai di beri satu peluang,
Aku mahu kembali ke zaman itu.
Andai di beri satu ruang,
Aku ingin kembali ke waktu itu.

Kini zaman itu tiada lagi.
Zaman itu tidak akan kembali.
Zaman itu hadir hanya sekali.
Zaman itu adalah sejarah sampai mati.

(^__^)

Okey.. Aku tak pandai nak bermadah pujangga panjang-pangjang.. 
Rosak ayat jadinya.. Hoho :)


Siapa yang tak pernah rasa zaman kanak-kanak?
Awak? Kau? Kamu? Korang? Anda semua?
Kebanyakan manusia yang hidup zaman kini akan kata waktu kecil adalah kenangan indah.
Mungkin ada juga yang kata zaman itu adalah kenangan pahit.
Itu terpulang kepada perjalanan kehidupan masing-masing.
Ya.. Zaman kanak-kanak. Zaman budak-budak.
Bagi aku, aku rasa macam nak jadi kanak-kanak semula.
Jadi 'orang kecik' atau budak-budak seronok sebenarnya. 
Hati riang, fikiran tenang, semua benda senang ! 
Sebab waktu itu kita belum kenal erti kehidupan yang sebenarnya.
Fikiran masih kosong. 
Hanya tertumpu kepada permainan dan imaginasi seorang kanak-kanak.
Tidak perlu berfikir tentang masa hadapan.
Alangkah indahnya waktu kecil dulu.


 Pengalaman pada zaman kanak-kanak akan membentuk personaliti
seseorang pada zaman sekarang atau ketika sudah dewasa.
Setuju???
Fakta ni aku dapat melalui satu kajian seorang penulis buku.
Semua orang boleh melontarkan idea masing-masing.
Bagi aku, fakta ini ada betulnya.
Zaman kanak-kanak adalah waktu seseorang membesar,
explore semua benda, belajar mengenai asas kehidupan, 
dan paling penting, belajar dari apa yang dilihat.
Seriously, aku ingin mengkaji banyak benda pasal budak-budak!
Pengalaman aku yang pernah bekerja dengan kanak-kanak
pesakit Autisme membuatkan aku ingin tahu banyak benda di sebalik si kecil.
Betapa uniknya anugerah ciptaan Allah.
Dan betapa kita perlu bersyukur kerana pernah melalui zaman yang 'comel' itu.
:) 


 Siapa lah agaknya yang 'paling tak nakal' pada zaman kanak-kanak nya??
Meh datang jap. Aku nak interview. 
Kenapa dan macam mana kau boleh jadi 'tak nakal' pulak ni.. Hehe
Okay. Jangan salah faham. 'Nakal' itu ayat biasa bagi budak-budak.
Nakal bukanlah bermaksud buat benda yang bukan-bukan dan tak elok.
Tapi nakal tu adalah ayat yang menggambarkan keletah seorang kanak-kanak.
Perkara biasa bagi budak-budak yang sifatnya ingin tahu banyak benda ! :)
Kenakalan kita sendiri pada zaman budak-budak dulu akan buat kita sendiri tersenyum.
Kalau tak pecaya, cuba korang fikir benda yang korang takkan lupa
waktu zaman kecik-kecik dulu. :)
 Aku sendiri pun dulu nakal jugak. 
Siapa yang pernah naik basikal laju-laju sampai langgar tiang lampu???
Ok. Kalau ada, bagus. Korang memang cun.
Boleh join kenakalan dengan aku.. Haha
Memang sakit, luka-luka, lebam bagai, sampai pinar mata kepala semua.
Tapi benda tu la aku ingat sampai bila-bila. :)


Walau siapa pun kita, zaman kanak-kanak itu akan tetap ada.
Pahit. Manis. Masam. Kelat.
Semua perisa kehidupan itu adalah bermula seawal dari kanak-kanak lagi.
Kalau masa boleh diundurkan, aku nak rasa bahagia si kecil itu lagi. ;)



( For Amni, Ucu sayang Amni. Please be a good girl. Jadilah anak yang solehah.
Don't disappoint me and your Umi. Semoga bahagia di dunia dan akhirat sayang..)

 

Sunday, May 26, 2013

Indahnya Ikatan Itu

Assalamualaikum dan salam ukhwah...
Mula-mula sekali nak cerita, 
exited aku tengok anak-anak buah aku ni..
" Yeay ! Cuti sekolah dah mula..! "
Kalau la aku ni pun masih sekolah, nak jugak join dorang exited camtu. =)
Cuti sekolah untuk penggal pertama dah labuhkan tirai..
Biasanya macam-macam orang planning time cuti ni.
Holiday, family vacation dan paling cun, orang kahwin. Hihi
Paling cun sebab aku boleh makan nasi minyak free.. =P


Kepada saudara-mara, jiran, dan member-member aku 
yang dah kahwin dan bakal kahwin, tahniah aku ucapkan untuk kalian..
Terima kasih atas jemputan yang diberikan..
Semoga ikatan yang terbina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..
In Shaa Allah..

(credit : Mr. Google. )


Gambar di atas sekadar hiasan... =)
Walimatulurus ialah majlis untuk meraikan pasangan pengantin yang baru bernikah.
Syukur dan Alhamdulillah bagi mereka yang telah selesai melaksanakan 
perkara wajib.. 
Apabila selesainya pernikahan, maka termeterailah janji antara pasangan 
untuk menjalankan tanggunggjwab masing-masing sepanjang kehidupan ini..
Aku sendiri belum bernikah, tapi tak salah rasanya untuk mengumpulkan ilmu
sebanyak mungkin sebelum diri ini menjadi hal milik orang..


Secara peribadi, aku memandang pernikahan itu adalah satu ikatan yang suci.
Ikatan yang bakal menentukan kehidupan pada masa akan datang.
Bernikah bukan saja kerana cinta.
Tapi bernikah kerana sudah mampu untuk menggalas tanggungjawab.
Bernikah kerana ingin bersama melalui kehidupan di jalan-Nya.
Bernikah kerana sedia menerima dirinya seadanya.
Dan bernikah kerana ingin bersama-sama berperanan sebagai imam dan makmum
sehingga ke akhir hayat.. 


Setiap orang ada pandangan tersendiri pada isu perkahwinan.
Dari konsep perkahwinan sampai la kepada majlis itu sendiri.
Itu semua adalah bergantung kepada hak dan rezeki masing-masing.
 Apa yang penting adalah penikahan.
Jadikanlah pernikahan itu sebagai satu landasan 
untuk menyempurnakan lagi kehidupan yang diredhai-Nya.. 


Peace yaww !! ^_________^

Friday, May 3, 2013

Cerita Di Februari

Assalamulaikum dan salam ukhwah..
Minta maaf kerana sudah beberapa ketika aku tak jenguk blog ni..
Hari ni sudah ada sedikit kekuatan untuk aku taip 
coretan yang tak seberapa.. 
Aku sendiri pun tak sedar dah masuk bulan Mei rupanya..
Tapi cerita pada bulan Februari memang aku ingat selamanya.. :')


 20 Februari 2013
Hari ni aku ambil cuti kecemasan dari bos aku..
Aku terpaksa balik bila kakak aku telefon keadaan emak agak teruk..
Walaupun kakak kata tak payah balik, sebab kesian kat aku,
tapi kaki aku lemah longlai untuk berada di tempat kerja.
Bagi aku, emak adalah segalanya..
Dengan keadaan emosi yang agak bercelaru, aku pergi 
ke Terminal Bandar Tasek Selatan dengan menaiki LRT..
Alhamdulillah, aku dapat beli tiket bas on-the-spot dan selamat sampai rumah.


21 Februari 2013
Aku menghabiskan masa bersama emak..
Sayu pandangan matanya membuatkan aku ingin menitiskan air mata.
Aku tak sanggup untuk balik ke KL waktu ini..
Ya.. Memang aku terpaksa meninggalkan banyak tugasan..
Tapi bagi aku, kerja boleh cari, 
tapi emak, siapa yang boleh ganti ? 
Jauh di sudut hati, aku takut...takut jika aku terpaksa menghadapi
kehilangan insan di hadapan mataku ini.. 
Sungguh, aku takut..........
Aku cuba berfikir positif dan kembali mengingati-Nya..


22 Februari 2013
Keadaan emak semakin teruk..
Emak mengadu sakit yang teramat di bahagian perut..
Dia juga mengadu susah untuk bernafas..
Air mata aku berjuraian.. Tak dapat aku kawal rasa sedih..
Keluarga aku membawa emak ke Pantai Medical Centre..
Di sana doktor memberi bantuan oksigen..
Doktor juga tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menyuruh kami bersabar..
Akhirnya, emak kami bawa pulang ke rumah..


23 Februari 2013
Aku sudah berfikir semasaknya..
Aku membuat keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan
demi menjaga emak..
Aku tak sanggup untuk meninggalkannya lagi.
Alhamdulillah, keluargaku menerima idea aku dengan hati terbuka.
Cuma, aku perlu balik ke KL dan berbincang dengan majikan aku.
Hari ini, aku dengan kakak n abg aku pergi ke sebuah farmasi swasta
untuk menyewa mesin oksigen.
Kini, kami sedar emak memerlukan bantuan oksigen sepenuhnya.
Aku harap mesin ni dapat bantu emak..
Nilai wang ringgit tak dapat diganti dengan nyawa emak..:'(


24 Februari 2013
Aku terpaksa balik ke KL untuk berjumpa bos aku esok nanti.
Berbincang mengenai cuti tanpa gaji yang aku nak mohon.
Emak memandang aku sayu..
Pandangan yang jauh...aku sendiri tak dapat tafsirkan pandangan tu..
Dia sakit sebelum aku kerja di KL lagi..
Aku puas menjaga dia...
Dan aku bersyukur dia boleh tunaikan fardhu haji walaupun kudratnya 
tika itu semakin lemah.. Aku tahu dia kuat..
Tapi pandangannya pada hari ini membuat air mataku seperti tidak mahu ke KL.
Tapi dia senyum, dan memujuk aku supaya cepat bersiap..
Dia mahu aku cepat mohon cuti....dan boleh jaga dia.. :')
Aku sempat mewudhu'kan dia sebelum aku balik..
Aku menyuruh dia berjanji bahawa dia akan menunggu aku balik semula..
Dia hanya senyum dan mengangguk lemah..


25 Februari 2013 
Aku pergi ke tempat kerja seperti biasa..
Setelah perbincangan dilakukan, 
Alhamdulillah, cuti tanpa gaji yang aku mohon diluluskan oleh pegawai atasan.
Mungkin ini rezeki emak, proses permohonanku berjalan cepat dan lancar.
Bila habis je waktu kerja pada pukul 5 petang,
aku terus menelefon emak..
Memberitahu keputusan permohonan cuti... Dia gembira..
Aku dengar suara dia di hujung talian walaupun 
suaranya lemah dan tidak bermaya..
Sekali lagi aku menangis...
Aku cuma berharap, 'emak...tolonglah tunggu aku balik...'


26 Februari 2013
Aku melangkah ke tempat kerja tapi entah kenapa hatiku tidak tenang..
Bagai ada perkara yang ingin berlaku..
Pada jam 8.30 pagi, kakak aku telefon memberitahu emak di bawa ke hospital
dengan menaiki ambulans.. Aku tersentak dan menangis..
Emak semakin tenat... :'(
Kenapa sebegini pantas? Baru semalam aku mendengar suara emak..
Aku mengambil cuti dan bersiap untuk balik ke kampung.
Jam 9.40 pagi, kakak memberitahu emak sudah tiada pada jam 9.35 pg..
Emak sudah pergi tinggalkan aku buat selamanya.. 
Ya Allah... Kenapa aku di uji sampai begini..? 
Kenapa emak pergi?? Emak dah janji akan tunggu aku balik.. Kenapa??
Aku bagai hilang kewarasan...
Kaki aku lemah longlai... Hilang segala semangat..
Luluh jiwaku.. Emak pergi ketika aku tiada di sisinya.. 
Mujur aku masih ada abang yg menetap di Shah Alam..
Dia menjemputku di rumah sewa..
Kami tiba di kampung pada pukul 1.15 tengahari..
Aku melangkah melihat jenazah emak yang sudah siap di kafankan..
Putih bersih wajahnya bagaikan sedang tidur..
Harum baunya mungkin kerana dia redha dengan pemergian ini..
Aku menatap dan mencium dahinya buat kali terakhir..
Aku menahan air mata agar tidak jatuh di atas jenazah yang suci bersih ini.
Melihat wajahnya yang tenang, meyakinkan aku bahawa dia bahagia di Sana..
Bahagia di sisi Yang Maha Esa..  



Kini sudah hampir dua bulan lebih arwah emak meninggalkan aku.. 
Arwah pergi kerana di sebabkan penyakit Advanced Endometrial Carcinoma..
Satu penyakit kanser rahim yang telah menyerangnya pada tahun 2008..
Tapi aku berbangga kerana dia kuat melawan penyakit ini 
hingga mampu bertahan selama lima tahun....
Semangatnya yang kuat membuatkan aku ingin menjadi wanita sepertinya..
Sesungguhnya kasih sayangnya adalah selamanya dan sehingga ke akhir hayat..


'Ya Allah... Kuatkan semangat aku.. Kuatkan imanku.. 
Tabahkanlah jiwaku.. Redhakanlah hatiku..
Seandainya hari ini Engkau memisahkan aku dan emak,
Engkau temukanlah semula kami di akhirat nanti...dan di syurga-Mu..
Sesungguhnya aku amat merinduinya..'   :'(


Al- Fatihah buat emak..
Semoga emak damai di Sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman..
Amin....


 




Monday, April 1, 2013

Episod Baru

Assalamualaikum dan salam ukhwah..
Dah lama rasanya 'belog' ini sunyi tanpa cerita.
Dan dalam waktu ini juga,
terlalu banyak perkara berlaku
sehingga siapa sangka kehidupan aku juga sedikit berubah.


Ya.. Satu perubahan besar dalam kehidupan 
yang aku sendiri tak pernah jangka..
Allah S.W.T menguji aku dengan pelbagai ujian..
Alhamdulillah kerana Dia tahu aku kuat, Dia tahu aku mampu mengharungi
ujian walaupun aku sendiri sentiasa menangis..


Sesungguhnya aku pasti adanya hikmah di setiap perkara yg berlaku..
Tapi... 
Kuatkah aku apabila menghadapi satu kehilangan?
Kuatkah aku apabila di uji dengan ujian yang mengubah 
seluruh hidup aku?
Dan kuatkah aku apabila terpaksa membuat keputusan yg paling berat?
Ya Allah... Ujian-ujian ini datang dalam waktu yg sama..
Aku perlu tabah, aku perlu kuat..
Tapi kadangkala aku sendiri merasakan 
bagaikan aku sudah tersungkur jatuh dan tidak mampu untuk 
bangun kembali..
Kuatkanlah imanku dan tabahkanlah hatiku Ya Allah... :(


Aku perlu melalui episod baru kehidupan ini dengan 
hati yang cekal..
In Shaa Allah....  
 

Sunday, January 20, 2013

Post Tiada Tajuk

Assalamualaikum w.b.t..
Baik. Ini entri kedua untuk tahun 2013.. Hoho
Sebenarnya tiada apa yang aku nak share..
Hanya menulis ikut rentak jari, gerak hati.
Saja aku menulis selepas beberapa hari penat menyiapkan kerja yang 
macam dah tiada hari esok. :p


Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga IEP budak-budak kat NASOM ni.
Aku ingat masa student je dulu penat buat kerja typing ni.
Tapi bila dah kerja pun lagi banyak kena buat.
Hope esok aku boleh pergi kerja dengan tenang.
( Oh bos, jangnlah kau reject IEP tu! ) Hehe 


Diam tak diam, ada la beberapa purnama juga aku dah kerja kat NASOM. :)
Sebenarnya aku ada plan nak apply untuk pindah kerja.
Pindah dari NASOM Petaling Jaya ke NASOM cawangan negeri Johor.
Tapi entah bila permohonan tu nak mendapat jawapan..
Seronok kerja kat tempat orang, tapi lagi seronok kat tempat sendiri kan.. ;p

 
Macam-macam ada kat KL ni.
Tapi kadang-kadang aku terfikir entah apa yang best nye kat sini.. Haha
Mungkin orang perempuan suka tempat-tempat shopping kat sini.
Belakang rumah aku ni pun ada mall.. Mana tak seronok kan? =)
Tapi yang tak best nye rumah ni betul-betul sebelah Federal Highway.
Cuma di pisahkan dengan susunan tembok-tembok JKR.. 
Pepun, syukur Alhamdulillah sebab aku dapat rumah sewa yang selesa.
Corner lot plak tu. Harga pun tak cecah 1K sebulan.
Kesian bila ada kawan-kawan aku yang menyewa bilik area KL 
boleh cecah sampai Rm500 sebulan..  
 Tapi walau ape pun, niat nak pindah negeri sendiri perlu di teruskan ! =)


Okay... Hari dah lewat...
Esok mau kerja..
( Tak sabar tunggu cuti umum Thaipusam ) =)


*_________________________*

 

Tuesday, January 8, 2013

Kisah Aku Dan Beliau :)

Tahun 2006........
Terimbau kembali saat pertama kali kita 'disengajakan' bersua muka.
Saat pertama kali kita ditempatkan di kelas yang sama.
Engkau yang sering buat muka bersahaja.
Dan aku pula si skema yang berkaca mata.
Kita tidak pernah bertegur sapa apatah lagi berbual mesra.
Sedangkan senyum pun tidak pernah rasanya.
Tiada bicara antara kita sehingga akhir tahun menjelang tiba.
Sememangnya engkau dan aku sangat berbeza.


Tahun 2007......
Keputusan 'ujian' besar itu telah munculkan diri.
Kita ditakdirkan bertemu kembali.
'Bijak juga engkau ni.' Kataku di dalam hati. 
Tidak pernah kusangka kita akan sekelas sekali lagi.
Sekelas sehingga menjelangnya periksa besar yang kedua pada tahun hadapan nanti.
Dari jauh engkau aku perhati.
Tetapi tidak terniat untuk mendekati.
Bagi aku, jurang antara kita begitu ketara sekali.
Dan waktu itu terdetik di hati ini,
bahawa engkau adalah lelaki yang tidak akan aku tegur sampai mati.
Sedangkan aku sendiri tidak pasti,
apakah benar segala ucapanku yang hanya terlintas di benak sanubari.


Tahun 2008.......
Merupakan tahun aku menuntut ilmu peringkat menengah buat kali terakhir.
Sedikit berbangga apabila bergelar pelajar senior tahun akhir.
Segala suka duka bisa membuat air mata mengalir.
Tetapi jurang antara engkau dan aku masih belum berakhir.
Aku mengharapkan akan adanya sedikit senyuman antara kita yang bakal terlahir.
Tapi mana mungkin itu semua terukir.
Kerana senyuman dan bicara aku hanya di hati dan tidak akan terzahir.
Begitu juga engkau yang tiada bicara atau senyum sehingga sesi persekolahan melabuhkan tabir.


Tahun 2009.........
Gembira apabila tidak perlu memikirkan tentang hal persekolahan.
Tetapi sibuk pula memikirkan tentang masa hadapan.
Sehingga satu hari aku dapat berita yang sedikit menggembirakan.
Dari Tun Ismail beralih ke Munsyi Sulaiman.
Maka bermulalah kehidupan sebagai pelajar tingkatan 6 sains bawahan.
Di hari pertama 'alam baru' persekolahan aku terlihat engkau di tepi jalan.
Sama-sama menunggu bas untuk ke sesi orentasi yang dijalankan.
Engkau lagi?? Soalan yang terlintas di fikiran.
Tetapi tidak engkau aku pedulikan.
Beberapa hari di 'tempat baru' kita seperti orang yang tidak pernah berkenalan.
Tiba suatu hari, aku mendapat satu panggilan.
Nombor panggilan yang hampir sama denganku tetapi nombor hujung yang berlainan.
Aku terdengar suara lelaki di hujung talian.
Entah mengapa tiba-tiba hadir gugup bercampur debaran.
Salam dihulur, bicara engkau teruskan.
Aku tidak silap lagi, sememangnya engkau si lelaki yang kosong dengan senyuman!
Tetapi aku tetap juga tersenyum dalam gugup percakapan.
Penghijrahan aku di 'tempat baru' tidak lama bertahan.
Kerana aku telah mendapat tawaran di dua institusi pengajian kerajaan.
Aku harus bijak membuat pilihan.
Setelah keputusan dilakukan, aku telah meninggalkan 'tempat baru' yang terpalit sedikit kenangan.
Aku tidak menyangka engkau masih tidak memutuskan hubungan,
walaupun aku di institusi pengajian.
Bermula dari satu panggilan, engkau bergelar seorang kawan.
Dari seorang kawan, engkau mahukan aku menjadi lebih dari seorang teman.
Aku menghargai huluran kasih yang engkau berikan.
Tetapi tika ini aku mahukan sedikit ketenangan dan ketepatan dalam membuat pilihan..


Tahun 2010........
Ternyata engkau bukanlah seorang yang bergelar si mudah pemutus asa.
Engkau setia menunggu balasan kasih dari aku insan biasa.
Atas keikhlasan hati dan rasa kasih yang mula menjalar di benak rasa,
aku sedia menerima engkau seadanya.
Menerima engkau tanpa rasa paksa dan sedia menyayangi engkau semampunya.
Kisah lalu menjadi sejarah dan rahsia antara kita.
Kerana engkau dan aku mempunyai impian yang sama,
ingin selamanya bersama di dunia dan di akhirat sana.


Tahun 2013.........
Usia engkau dan aku semakin dewasa,
Terlalu banyak ujian yang bisa mematangkan kita.
Tiada kata yang mampu aku bicara saat engkau masih bergelar si setia.
Aku hanya mampu mengucapkan syukur Alhamdulillah apabila kita masih bersama,
walaupun terlalu banyak dugaan yang datang menimpa.
Kini engkau jauh menuntut ilmu di bawah bayu sana.
Dan aku pula si pekerja di tengah kota.
Doa aku agar engkau berjaya menjulang cita-cita.
Juga termakbul impian kita bersama.
Aku mengharapkan kita bukanlah berkasih untuk sementara sahaja,
tetapi juga berkasih untuk engkau menjadi pelindung dan imamku sehinnga di Jannah sana.



 (credit to Google for this cute picture..hehe)


(^____________^)