Terbaeklah Kamooo...!

Saturday, December 22, 2012

Bila Hati Bercakap

Assalamualaikum w.b.t..
Panasnya cuaca tengahari ni.. Pepun, Alhamdulillah..
Cuaca panas pun rezeki Allah S.W.T jugak..
Bak kata manusia, panas itu melambangkan hati yang ceria..
Hujan itu melambangkan hati yang duka. :)
Tapi usahlah di sangka panas ini sehingga ke waktu petang,
kerana siapa sangka jika adanya hujan selepas ini.. :)


Sepanjang aku memiliki blog ini,
jarang benar rasanya aku meluahkan perasaan ketidakpuasan hati
atau yang sewaktu dengannya.. Mungkin ada la satu dua entri sahaja.
Untuk hari ini, tika ini, entah kenapa aku berasa sedikit terkilan..
Sedih mungkin.. Boleh juga bercampur sedikit marah..
Aku tidak mahu hatiku menjadi seperti ini..
Tapi aku bukan sapa-sapa.. Aku juga manusia.. Kuat mana pun aku sembunyi 
dari realiti, mana mungkin dapat menipu hati sendiri..
Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan..
Aku cuba untuk perbaiki diri walaupun kekhilafan itu ternyata bukan padaku..
Aku cuba menyayangi kau dan menghormati kau seperti darah daging sendiri..
Tapi aku gagal bila kau menambahkan lagi rasa pedih di hati ini.


Engkau.. Bukanlah sealiran darah dan sedaging denganku..
Engkau hadir dikala wujudnya satu ikatan murni antara
engkau dengan seorang lelaki yang sealiran darah denganku..
Lelaki yang bergelar saudaraku selamanya..
Seorang lelaki yang aku hormati dan aku sayangi selepas waliku..
Aku gembira, aku bahagia saat kalian di satukan..
Aku berharap aku akan terus menyayangi kau sehingga akhir nafas
    sepertimana aku menyayangi dan menghormati lelaki itu..
Aku yakin..


Tapi..


Tika ini engkau semakin berubah..
Engkau seperti bukan engkau yang aku kenali dulu..
Bukan seperti engkau yang sebelum adanya ikatan itu..
Rasa sayang dan hormat dalam diriku terhadap kau semakin diuji..
Setiap hari aku cuba mencambah semula rasa hormat itu..
Ternyata bukan mudah kerana aku merasakan seperti kegagalan itu
memihak kepadaku..
Rasa sedih, marah, geram bagaikan menjadi satu..
Tolonglah.. Sesungguhnya berhentilah menguji ku seperti ini..


Dikala wanita yang melahirkan aku serta suaminya yang juga waliku
pergi ber'dating' untuk menunaikan kewajipan rukun Islam kelima,
segala perilaku engkau semakin membuatkan aku terasa sungguh di uji..
Engkau bukan sahaja berjaya meng'uji' diriku..
Tetapi engkau juga sudah berjaya meng'uji' saudaraku yang lain..
Saudara yang sealiran darah dan sedaging denganku..
Hanya satu yang aku mampu katakan,
'terima kasih wahai perempuan'.
Engkau telah berjaya menghakis rasa hormat dan sayang aku terhadap engkau.
Tahniah.


Disaat wanita yang melahirkan aku sudah berada di hadapan mataku,
engkau langsung tidak mempunyai secebis rasa bersalah di benak hati..
Ya.. Engkau juga telah berjaya meyakinkan wanita itu
bahawa segala perilaku engkau sewaktu ketiadaannya itu
hanyalah 'lakonan' sahaja..
'Lakonan' yang hebat barangkali..
Seperti kata manusia, 'pijak semut pun tak mati'..
Aku tidak kesah jika wanita yang melahirkan aku itu telah berjaya kau yakinkan..
Tetapi aku kesah apabila dia berkata,
tolonglah jangan mengatakan perkara kurang baik terhadap engkau..
What???
Aku yang mengatakan perkara kurang baik terhadap engkau?
Tapi raealitinya??
 Ya.. Mungkin dia tidak tahu kisah sebenar di sebalik 'engkau'..
Aku tidak pernah menyalahkan wanita itu.. Sungguh..


Untuk engkau..
Aku hanya berharap tolonglah 'kembalikan' rasa sayang dan hormat aku
terhadap engkau.. Aku ingin rasa itu seperti hari pertama aku mengenali kau..
Sungguh, walau siapa engkau, aku cuba untuk perbaiki diri,
andai aku yang terkhilaf..
Jika tiada maaf yang kau pohonkan kepadaku dan saudara
yang sedarah dan sedaging denganku yang lain,
aku tetap akan memaafkan engkau
kerana aku juga menyayangi lelaki yang telah ada ikatan murni bersama engkau..
Lelaki yang menjadi imam mu kini..
Lelaki yang sentiasa aku sayangi dan hormati..
Tahniah juga aku ingin ucapkan atas rezeki yang bakal tiba tahun hadapan..
Aku berharap engkau akan berubah apabila wujudnya rezeki itu..


(-___________-)


-Sekian- 

No comments:

Post a Comment