Terbaeklah Kamooo...!

Monday, December 17, 2012

Kisah Peminta Sedekah

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah malam ni masih mampu untuk membuka mata
dan menaip beberapa coretan yg tak seberapa..
Cuaca sejuk yang dah macam kat Alps ni memang sesuai
untuk lelapkan deria penglihatan ni..
Hujan renyai di tengah malam mampu untuk lelapkan sesiapa saja..
Sorongkan bantal kompem tido..:)


Okeyh..Okeyh.. Stop cerita yang tiada kaitan. :p
Cerita malam ni adalah kisah si peminta sedekah..
Kisah ni berlaku dalam dua tahun yang lepas (waktu aku student lagi).. 
Sejujurnya, aku tak pernah pandang rendah pada golongan ni..
Mungkin di sebabkan faktor kehidupan yang 
menjadikan mereka terdesak untuk mencari duit..
Kita sendiri pun tak tahu kisah hidup mereka ni..


TAPIIIII....


Kadang-kadang aku cukup marah pada insan yang sengaja
ingin mengambil jalan mudah dalam mencari wang..
Insan yang sengaja menjadi pengemis sedangkan
fizikal dan akal masih mampu untuk berusaha mencari wang
dengan cara yang lebih baik..


Okay.. Kisah peminta sedekah yang aku nak share ni berlaku 
di sebuah pasar malam di satu daerah di negeri Minangkabau..
Sorry.. Aku tak boleh nak state kan di mana daerah tu..
It is private and confidential... :)


Kisah bermula apabila di tengah-tengah pasar malam tu,
adalah seorang budak lelaki ni datang menghampiri aku..
Usia budak ni dalam 12 atau 13 tahun waktu tu.. (aku lihat dari segi fizikal dia)
Dengan membawa satu bekas seperti tabung,
memakai baju lusuh, seluar lusuh dan songkok yang sudah terkoyak,
dia pun meminta sedekah dengan berkata mahu membeli makanan
untuk dia dan adik-adik dia.. (tapi aku tak nampak adik-adik dia)
Dengan rasa yang penuh simpati kat budak laki ni,
aku pun mengeluarkan beberapa keping not berangka 1 dari dompet..
Aku hulurkan kat dia.. Aku rasa nilai duit yang aku bagi tu tak seberapa..
Tapi aku harap ia masih mampu untuk mengalas perut budak tu..
Dia pun melangkah pergi dan dari jauh aku lihat
dia masih berjalan meminta sedekah di sepanjang pasar malam......
1 jam kemudian, penat pusing dan membeli makanan,
aku gerak balik.. 
Dalam perjalanan, aku singgah di stesen minyak untuk ke tandas..
Bila aku berjalan ke belakang stesen untuk mencari tandas,
aku ternampak seorang budak lelaki yang duduk sedikit menyorok..
(mungkin dia tak sedar kehadiran aku)..
Itu budak kat pasar malam tadi !
Lagi aku terkejut, di satu sudut yang agak suram 
(tapi masih boleh dilihat dari jarak dekat),
budak tu tengah mengira duit.. Tak salah lagi..
Otak aku masih ingat wajah budak lelaki yang datang minta sedekah
kat pasar malam tadi..
Aku terus membiarkan budak laki tu tapi otak aku ligat berfikir kenapa
dia sanggup minta sedekah sampai macam tu sekali??
Semasa aku nak masuk kereta semula, datang sebuah kereta 
dan ada seorang lelaki pertengahan umur datang ke arah budak laki tu..
Aku rasa mungkin ayah dia.. Dan dengan senang hati dan hilai ketawa,
budak lelaki tu pun masuk ke kereta.. 
Tiada langsung riak wajah sedih seperti suramnya wajah ketika meminta sedekah..
Aku pun berfikir, itu ke peminta sedekah??


Aku sendiri tak tahu sebenarnya kisah yang menyebabkan budak lelaki
tu menjadi seorang peminta sedekah..
Tapi aku berharap andai ada manusia di luar sana 
yang ingin mencari jalan mudah dengan mempergunakan anak-anak
bawah umur untuk kepentingan mereka, itu sangat tidak patut..
Mereka sepatutnya di didik untuk mencari ilmu..
Segala yang aku tulis adalah kisah yang aku nk share dengan kalian..
Aku tidak pernah berkira nilai yang aku beri pada si 'peminta sedekah' tu..
Tapi aku terkilan kenapa dia sanggup berlakon dan menipu semua orang..
Mungkin ada sebab yang belum terungkai.. ==,


Okay.. Mata dah betul-betul mengantuk ni..
Andai esok masih ada, pasti akan ada entri akan datang..
Selamat malam !

(-_______________-)

No comments:

Post a Comment