Terbaeklah Kamooo...!

Tuesday, January 8, 2013

Kisah Aku Dan Beliau :)

Tahun 2006........
Terimbau kembali saat pertama kali kita 'disengajakan' bersua muka.
Saat pertama kali kita ditempatkan di kelas yang sama.
Engkau yang sering buat muka bersahaja.
Dan aku pula si skema yang berkaca mata.
Kita tidak pernah bertegur sapa apatah lagi berbual mesra.
Sedangkan senyum pun tidak pernah rasanya.
Tiada bicara antara kita sehingga akhir tahun menjelang tiba.
Sememangnya engkau dan aku sangat berbeza.


Tahun 2007......
Keputusan 'ujian' besar itu telah munculkan diri.
Kita ditakdirkan bertemu kembali.
'Bijak juga engkau ni.' Kataku di dalam hati. 
Tidak pernah kusangka kita akan sekelas sekali lagi.
Sekelas sehingga menjelangnya periksa besar yang kedua pada tahun hadapan nanti.
Dari jauh engkau aku perhati.
Tetapi tidak terniat untuk mendekati.
Bagi aku, jurang antara kita begitu ketara sekali.
Dan waktu itu terdetik di hati ini,
bahawa engkau adalah lelaki yang tidak akan aku tegur sampai mati.
Sedangkan aku sendiri tidak pasti,
apakah benar segala ucapanku yang hanya terlintas di benak sanubari.


Tahun 2008.......
Merupakan tahun aku menuntut ilmu peringkat menengah buat kali terakhir.
Sedikit berbangga apabila bergelar pelajar senior tahun akhir.
Segala suka duka bisa membuat air mata mengalir.
Tetapi jurang antara engkau dan aku masih belum berakhir.
Aku mengharapkan akan adanya sedikit senyuman antara kita yang bakal terlahir.
Tapi mana mungkin itu semua terukir.
Kerana senyuman dan bicara aku hanya di hati dan tidak akan terzahir.
Begitu juga engkau yang tiada bicara atau senyum sehingga sesi persekolahan melabuhkan tabir.


Tahun 2009.........
Gembira apabila tidak perlu memikirkan tentang hal persekolahan.
Tetapi sibuk pula memikirkan tentang masa hadapan.
Sehingga satu hari aku dapat berita yang sedikit menggembirakan.
Dari Tun Ismail beralih ke Munsyi Sulaiman.
Maka bermulalah kehidupan sebagai pelajar tingkatan 6 sains bawahan.
Di hari pertama 'alam baru' persekolahan aku terlihat engkau di tepi jalan.
Sama-sama menunggu bas untuk ke sesi orentasi yang dijalankan.
Engkau lagi?? Soalan yang terlintas di fikiran.
Tetapi tidak engkau aku pedulikan.
Beberapa hari di 'tempat baru' kita seperti orang yang tidak pernah berkenalan.
Tiba suatu hari, aku mendapat satu panggilan.
Nombor panggilan yang hampir sama denganku tetapi nombor hujung yang berlainan.
Aku terdengar suara lelaki di hujung talian.
Entah mengapa tiba-tiba hadir gugup bercampur debaran.
Salam dihulur, bicara engkau teruskan.
Aku tidak silap lagi, sememangnya engkau si lelaki yang kosong dengan senyuman!
Tetapi aku tetap juga tersenyum dalam gugup percakapan.
Penghijrahan aku di 'tempat baru' tidak lama bertahan.
Kerana aku telah mendapat tawaran di dua institusi pengajian kerajaan.
Aku harus bijak membuat pilihan.
Setelah keputusan dilakukan, aku telah meninggalkan 'tempat baru' yang terpalit sedikit kenangan.
Aku tidak menyangka engkau masih tidak memutuskan hubungan,
walaupun aku di institusi pengajian.
Bermula dari satu panggilan, engkau bergelar seorang kawan.
Dari seorang kawan, engkau mahukan aku menjadi lebih dari seorang teman.
Aku menghargai huluran kasih yang engkau berikan.
Tetapi tika ini aku mahukan sedikit ketenangan dan ketepatan dalam membuat pilihan..


Tahun 2010........
Ternyata engkau bukanlah seorang yang bergelar si mudah pemutus asa.
Engkau setia menunggu balasan kasih dari aku insan biasa.
Atas keikhlasan hati dan rasa kasih yang mula menjalar di benak rasa,
aku sedia menerima engkau seadanya.
Menerima engkau tanpa rasa paksa dan sedia menyayangi engkau semampunya.
Kisah lalu menjadi sejarah dan rahsia antara kita.
Kerana engkau dan aku mempunyai impian yang sama,
ingin selamanya bersama di dunia dan di akhirat sana.


Tahun 2013.........
Usia engkau dan aku semakin dewasa,
Terlalu banyak ujian yang bisa mematangkan kita.
Tiada kata yang mampu aku bicara saat engkau masih bergelar si setia.
Aku hanya mampu mengucapkan syukur Alhamdulillah apabila kita masih bersama,
walaupun terlalu banyak dugaan yang datang menimpa.
Kini engkau jauh menuntut ilmu di bawah bayu sana.
Dan aku pula si pekerja di tengah kota.
Doa aku agar engkau berjaya menjulang cita-cita.
Juga termakbul impian kita bersama.
Aku mengharapkan kita bukanlah berkasih untuk sementara sahaja,
tetapi juga berkasih untuk engkau menjadi pelindung dan imamku sehinnga di Jannah sana.



 (credit to Google for this cute picture..hehe)


(^____________^)


2 comments:

  1. agk lama jgk kn relationship korg.. :)
    agk2ny relationship Nini lama cmni x?

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah awk pon boleh selamanya bahagia. :)

    ReplyDelete