Terbaeklah Kamooo...!

Friday, May 3, 2013

Cerita Di Februari

Assalamulaikum dan salam ukhwah..
Minta maaf kerana sudah beberapa ketika aku tak jenguk blog ni..
Hari ni sudah ada sedikit kekuatan untuk aku taip 
coretan yang tak seberapa.. 
Aku sendiri pun tak sedar dah masuk bulan Mei rupanya..
Tapi cerita pada bulan Februari memang aku ingat selamanya.. :')


 20 Februari 2013
Hari ni aku ambil cuti kecemasan dari bos aku..
Aku terpaksa balik bila kakak aku telefon keadaan emak agak teruk..
Walaupun kakak kata tak payah balik, sebab kesian kat aku,
tapi kaki aku lemah longlai untuk berada di tempat kerja.
Bagi aku, emak adalah segalanya..
Dengan keadaan emosi yang agak bercelaru, aku pergi 
ke Terminal Bandar Tasek Selatan dengan menaiki LRT..
Alhamdulillah, aku dapat beli tiket bas on-the-spot dan selamat sampai rumah.


21 Februari 2013
Aku menghabiskan masa bersama emak..
Sayu pandangan matanya membuatkan aku ingin menitiskan air mata.
Aku tak sanggup untuk balik ke KL waktu ini..
Ya.. Memang aku terpaksa meninggalkan banyak tugasan..
Tapi bagi aku, kerja boleh cari, 
tapi emak, siapa yang boleh ganti ? 
Jauh di sudut hati, aku takut...takut jika aku terpaksa menghadapi
kehilangan insan di hadapan mataku ini.. 
Sungguh, aku takut..........
Aku cuba berfikir positif dan kembali mengingati-Nya..


22 Februari 2013
Keadaan emak semakin teruk..
Emak mengadu sakit yang teramat di bahagian perut..
Dia juga mengadu susah untuk bernafas..
Air mata aku berjuraian.. Tak dapat aku kawal rasa sedih..
Keluarga aku membawa emak ke Pantai Medical Centre..
Di sana doktor memberi bantuan oksigen..
Doktor juga tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menyuruh kami bersabar..
Akhirnya, emak kami bawa pulang ke rumah..


23 Februari 2013
Aku sudah berfikir semasaknya..
Aku membuat keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan
demi menjaga emak..
Aku tak sanggup untuk meninggalkannya lagi.
Alhamdulillah, keluargaku menerima idea aku dengan hati terbuka.
Cuma, aku perlu balik ke KL dan berbincang dengan majikan aku.
Hari ini, aku dengan kakak n abg aku pergi ke sebuah farmasi swasta
untuk menyewa mesin oksigen.
Kini, kami sedar emak memerlukan bantuan oksigen sepenuhnya.
Aku harap mesin ni dapat bantu emak..
Nilai wang ringgit tak dapat diganti dengan nyawa emak..:'(


24 Februari 2013
Aku terpaksa balik ke KL untuk berjumpa bos aku esok nanti.
Berbincang mengenai cuti tanpa gaji yang aku nak mohon.
Emak memandang aku sayu..
Pandangan yang jauh...aku sendiri tak dapat tafsirkan pandangan tu..
Dia sakit sebelum aku kerja di KL lagi..
Aku puas menjaga dia...
Dan aku bersyukur dia boleh tunaikan fardhu haji walaupun kudratnya 
tika itu semakin lemah.. Aku tahu dia kuat..
Tapi pandangannya pada hari ini membuat air mataku seperti tidak mahu ke KL.
Tapi dia senyum, dan memujuk aku supaya cepat bersiap..
Dia mahu aku cepat mohon cuti....dan boleh jaga dia.. :')
Aku sempat mewudhu'kan dia sebelum aku balik..
Aku menyuruh dia berjanji bahawa dia akan menunggu aku balik semula..
Dia hanya senyum dan mengangguk lemah..


25 Februari 2013 
Aku pergi ke tempat kerja seperti biasa..
Setelah perbincangan dilakukan, 
Alhamdulillah, cuti tanpa gaji yang aku mohon diluluskan oleh pegawai atasan.
Mungkin ini rezeki emak, proses permohonanku berjalan cepat dan lancar.
Bila habis je waktu kerja pada pukul 5 petang,
aku terus menelefon emak..
Memberitahu keputusan permohonan cuti... Dia gembira..
Aku dengar suara dia di hujung talian walaupun 
suaranya lemah dan tidak bermaya..
Sekali lagi aku menangis...
Aku cuma berharap, 'emak...tolonglah tunggu aku balik...'


26 Februari 2013
Aku melangkah ke tempat kerja tapi entah kenapa hatiku tidak tenang..
Bagai ada perkara yang ingin berlaku..
Pada jam 8.30 pagi, kakak aku telefon memberitahu emak di bawa ke hospital
dengan menaiki ambulans.. Aku tersentak dan menangis..
Emak semakin tenat... :'(
Kenapa sebegini pantas? Baru semalam aku mendengar suara emak..
Aku mengambil cuti dan bersiap untuk balik ke kampung.
Jam 9.40 pagi, kakak memberitahu emak sudah tiada pada jam 9.35 pg..
Emak sudah pergi tinggalkan aku buat selamanya.. 
Ya Allah... Kenapa aku di uji sampai begini..? 
Kenapa emak pergi?? Emak dah janji akan tunggu aku balik.. Kenapa??
Aku bagai hilang kewarasan...
Kaki aku lemah longlai... Hilang segala semangat..
Luluh jiwaku.. Emak pergi ketika aku tiada di sisinya.. 
Mujur aku masih ada abang yg menetap di Shah Alam..
Dia menjemputku di rumah sewa..
Kami tiba di kampung pada pukul 1.15 tengahari..
Aku melangkah melihat jenazah emak yang sudah siap di kafankan..
Putih bersih wajahnya bagaikan sedang tidur..
Harum baunya mungkin kerana dia redha dengan pemergian ini..
Aku menatap dan mencium dahinya buat kali terakhir..
Aku menahan air mata agar tidak jatuh di atas jenazah yang suci bersih ini.
Melihat wajahnya yang tenang, meyakinkan aku bahawa dia bahagia di Sana..
Bahagia di sisi Yang Maha Esa..  



Kini sudah hampir dua bulan lebih arwah emak meninggalkan aku.. 
Arwah pergi kerana di sebabkan penyakit Advanced Endometrial Carcinoma..
Satu penyakit kanser rahim yang telah menyerangnya pada tahun 2008..
Tapi aku berbangga kerana dia kuat melawan penyakit ini 
hingga mampu bertahan selama lima tahun....
Semangatnya yang kuat membuatkan aku ingin menjadi wanita sepertinya..
Sesungguhnya kasih sayangnya adalah selamanya dan sehingga ke akhir hayat..


'Ya Allah... Kuatkan semangat aku.. Kuatkan imanku.. 
Tabahkanlah jiwaku.. Redhakanlah hatiku..
Seandainya hari ini Engkau memisahkan aku dan emak,
Engkau temukanlah semula kami di akhirat nanti...dan di syurga-Mu..
Sesungguhnya aku amat merinduinya..'   :'(


Al- Fatihah buat emak..
Semoga emak damai di Sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman..
Amin....


 




2 comments: