Terbaeklah Kamooo...!

Showing posts with label chenta deexa. Show all posts
Showing posts with label chenta deexa. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

First Post in 2012 :)

Salam... Yeah.. First entri in 2012..

Dah bosan aku 'ghaibkan' diri dari blog ni, then hari ni aku muncul kembali.. ;) Kekok plak rasanye bila dah lama tak menaip papan kekunci Compaq CQ40 ni.. Ada juga manusia di luar sana yang bertanya kenapa blog ni semakin sunyi.. The main reason is aku sibuk sejak praktikal di Melaka tempoh hari... Now, aku baru habiskan sesi klinikal dalam tempoh baru tiga minggu ni... Sekarang duduk rumah tanam anggur.. =D

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2012 ni.. Haihh, tak mampu rasanya aku nak me'rewind' balik setiap perkara yang terjadi... Malam ni pun tak tahu ape benda yang aku nak tulis.. Hehehe.. Bila dah menjadi penganggur bertauliah ni, mula lah rindu nak pergi kelas macam kat kampus dulu2 (ceh, cam bertahun jek aku tinggalkan kampus)... Siyes meyhh.. Aku betul2 rindu nak buat asignment, pergi lab, kelas and library (library tu pon sebab terdesak nak siapkan asignment..hehe)... Paling tak lupa, kelas with Mr. J.. Terbaekk.. Aku siap tertido setiap kali kelas and lab dia.. But, bila pergi klinikal, segala curahan ilmu yang dia bagi, memang berguna... Thanx a lot to him~~ :D

Ok.. Next time aku akan menulis lagi.. Kepala suda ting tong, katil suda panggil.. ~CHOWW~

Sunday, December 4, 2011

Practical at Malacca Hospital

salam. . .halooooo :)
bersawang meyhhh blog aku nieh. .
inilah akibatnya bila ade belog tapi tak tw nak jaga . . huhu

sorry morry sebab dah lama sangat tak 'apdet' belog ni. . .
MELAKA . . . .
yeahh. . . now, i'm at Taman Putra, Bukit Baru, Melaka. .
(alamat penuh tu. . hehe)

mula2 aku dan kawan2 menyewa kat depan hospital je. .
tapi dsebabkan ada masalah sikit,
so, kami pown amik keputusan pindah rumah lain. .

anyway, aku ada uplod sikit gambar sepanjang praktikal. .
( baru 2 minggu je pon practical. . )
tapi banyak kenangan dan aktiviti yg kitorang buat. .


inilah kami berempat yg praktikal di jabatan psikiatri. .
hanya 'picta' di cermin ini rasanya yg agak cantik. . hehe
(afiza, ainaa, atiqah, aku. . )


aktiviti bersama pesakit di jabatan kami. . .
ade pesakit wad dan pesakit 'day-care'. .
maybe nmpak mcm aktiviti biasa. .
tapi bagi mereka, aktiviti ini sangat bermakna. .


ini adalah kad yg aku buat untuk pesakit
yang bernama Rogayah (bukan nama sebenar). . .
kad ni time sesi 'creative activity'. .
jadi, kami telah menyuruh pesakit utk reka kad
dan ditukar dgn kad kami. .
aim atau tujuan aktiviti ini adalah untuk kembalikan fungsi
kognitif pesakit. . .


mcm2 ragam pesakit aku ni. . . haha
(ade jugak aksi kuak lentang ;p )
gadis remaja dlm 'picta' ni pon pesakit aku. .
aku cuma berharap 1 day, dia akan mnjadi lbih baik. .
dia terlalu muda dan masa depan dia masih jauh. .


inilah dua orang pesakit wad yg sudah 'discharge'. .
aku harap mereka takkan menjadi 'penghuni'
wad di psikiatri ini lagi. .


praktikal di jabatan psikiatri ini satu pengalaman yg berbeza
kalau nk dibandingkan dgn praktikal2 aku sebelum ni. .
pesakit2 di jabatan ni tak sama dengan pesakit lain. .
kalau org lain marah mereka, herdik mereka,
tapi bagi aku dan kwn2 yg 'bekerja' dgn insan ini,
mereka seperti seorang kawan dan
manusia normal lain. . .
mungkin berisiko bg kami bila brjumpa dgn pesakit
yang agresif. . tapi dah jadi tanggungjawab kami
satu hari nanti untuk merawat mereka. .

sedih hati aku bila tengok mereka. .
aku sedih sebab diorang tak minta utk jadi mcm tu. .
mereka tak sedar sebenarnye. .
aku cuma membayangkan kalaulah mak bapak aku sendiri
atau family aku yg berada di tempat mereka. .
tapi bila bekerja should be professional. .
mereka pesakit dan mereka lah 'kawan'. .

ok. . c u next time





Wednesday, October 26, 2011

Ujian Itu Sebagai Peringatan

salam ukhwah blogger sekalian. .

dah lame rasenye aku tak meng'update' blog nie. .
rindu sangat2. .

tapi bila dah kt rumah nie, macam2 benda aku buat. .
sampai terlupa pada blog yang 1 nie. .
sorry morry dear. . . :)

now. . .
i am got fever since two days. . huhu
tapi tak la seteruk demam yang lepas. . .
Emak kata tiap bulan aku demam. . .
(seorang ibu pasti risau akan anaknya. . )
sorry mom. . .

aku tak nak menyusahkan dia. . .
tapi sudah sedia maklum,
aku memang ada masalah dengan antibody aku sendiri. .
antibody aku lemah, senang kena jangkitan. . .
itu pon menurut kata 'tuan doktor' masa aku g check dahulu kala. .
tak pelah. . .
dah kira bersyukur sangat2 bila Allah S.W.T bagi aku peluang untuk terus hidup
sampai hari ini...
Alhamdulillah. . .



bg aku, demam atau segala penyakit tu adalah ujian yang Allah bg kat kita sebagai satu peringatan. . .
peringatan bahawa Dia sangat menyayangi kita. . .
Dia nak menilai sejauh mana tahap kesabaran kita. .
mungkin masa sihat, kita lupa atau alpa kepada-Nya. .
jadi bila Dia bagi kita satu ujian, InsyaAllah kita akan mengingati-Nya kembali. .

so, mlm ni tak larat nk membebel pnjang2. . hehe
time to sleep meyhhh. . .
fenin n berat je rasa kepala ni. .

gudnitezzz. . . :)



p/s : naseb baik aku demam tak rupa gini...hehehe

~~ CHOWW~~


Monday, October 10, 2011

Last But Not Least

assalamualaikum. . . salam ukhwah. . .
hari ni dah 4 hari aku sampai kampung. . .
nak apdate blog nieh tp line lak cam hape... adoiii. . . sabo je. . .
makin makan tuan 'berukband' aku niehhh. . naseb baik tak 'throw away' masuk 'drain' je. . ;p

yess. . last but not least. . title for today :D

kali ni, aku dapat cuti sem sebulan lebih. . .
serunuk giler meyhhh. . . hahaha
yelah. . ape tak nye, selama ni student kos la
en cuti sem, aku plak praktikal kt hospital. .
pastu. . . paling sadis, bila abes je praktikal hari jumaat, hari sabtu aku balik kampus, then
hari isnin terus start kelas. . .

naseb baek 'case study' anta dua minggu lpas naik kelas. . .
penat. . . memangggg penat. . .
yelah. . . nama pown student kan. . .

TAPI. . . . .

lepas ni aku dah tak rasa semua tu. . .
aku takkan balik kampus lagi. . .
dah tak de rase penat utk naik kelas sem baru. .
dah tak de suasana buzy dgn kwn2 nk siapkan case study. . .
dah tak de pergi library utk cari reference book. .
dah tak de lagi same2 cari jurnal utk wat evidence-based case study. . .
dan . . . dah tak de lagi tak tido malam sem
ata2 nk wt asgmen yg berlambak2. . .

KENAPA. . . ?


sebab sekarang aku student tahun akhir. .
lagi 1 sem je aku kena abeskn utk graduate. .
tapi sem last naty aku praktikal penuh. . .
insyaAllah aku akan praktikal kat Hospital Melaka . .

abes je praktikal, maka tamatlah sesi pengajian aku . .
that's why la aku tak balik kampus lagi pasni. .
sem ni adalah sem last aku jumpa kwn2 aku n mnggu lpas adalah hari terakhir utk kami semua.
kalau ade rezeki n dipanjangkan umur, insyaAllah aku jumpa dorang semula masa
hari konvokesyen kami nanti. . .


sedih. . . .
jauh di sudut hati, aku rindukan suasana belajar tu. . .
belajar sama-sama. .
makan sama-sama. .
tido sama-sama. .
jalan sama-sama. .
outing sama-sama. . .
dan segalanya adalah 'sama-sama' , demi mengejar cita masing2. .

now, we almost reach the top. . .

pengajian di langkah pertama ni akan berakhir. .
tapi bukan akhir untuk segala-galanya. . .

mungkin akan ade yg berjumpa semula di peringkat yg lebih tinggi. .
ataupun berjumpa di alam kerjaya. . .
aku pasti semua tu. . .
destinasi dan hala tuju aku n dorang semua adalah berbeza,
tapi aku tetap doakan yg terbaek buat kami semua. . insyaAllah. . .



( my best friends. .
pic lpas dinner batch ktorang kt De' Palma hotel..)




( hari terakhir lepas briefing utk praktikal )




( happy giler lpas abes praktikal exam medical-neuro.. )

juz beberapa keping gambar je aku upload. . .
wlwpon tak upload semua, tapi aku tetap ingt kat dorang semua. .
semoga Allah bagi peluang aku jumpa mereka semua nanti. .
InsyaAllah. . .

~~TAMAT~~

Friday, September 30, 2011

Kembali ^_^

salam ukhwah....
pheww~~ berhabuk meyhhh aku punya blog...
setelah lama berdiam diri,
now, aku muncul kembali..
(tak tahan ayat...hehehe)
actually there is nothing to say for today...
maybe keep silent is the way..huhuhu

blog ni maybe akan kembali aktif..
mungkin ke'buzy'an aku menyebabkan blog ni berhabuk..
but, maybe other some reason
why i'm 'invisible' for awhile...
only me know it... ^_^
just me okayyy...;)

untuk 'kemunculan' terbaru pada hari ni,
nothing to share with others...
ooohh..lupa...
new background meyhh...hehehe
Cik Elmo aku pon dh busan menjadi background blog ni..
so, 'putih' is nice right....
putih itu suci...hohoho :D

next time ade cerita yg mungkin aku share...
terlalu rindukan blog ni...
jari jemari menulis, tapi biarkan hati yg berbicara..
ok...choww



Cik Elmo......Rindu juga pada kamu....
(my old backrgound blog....)


c u next time...
~~assalamualaikum~~

Thursday, July 28, 2011

Stress Management : )

salam ukhwah.....
dah lame rasenye aku tak meng'update' belog niehh..:))
busy..? emm..tak la sangat.. hehe
tapi line tenet kt sini yg hampeh m'jadikan aku batalkan niat
nak mengupdate any new entry..
walaupon gune 'berukband' , tp blok aku duduk kali ni
manyak sloww maa line maxis...
tak pon, memang 'berukband' ni yg smakin lama makan tuan !
pheuww~~ sabo jerr ;p


yeahh.. my new title : stress management ;)
sebenarnye aku bkanlah nk citer pasal stress
or ape jadah 'nate' stress ni.. hee
tapi sok aku akan jd facilitator tuk satu program ,
: BENGKEL STRESS MANAGEMENT :
student kos2 lain akan join jugak sbgai pserta..
tapi, ajk n sume faci adalah student kos aku
sebab program ni mmg dianjurkan oleh prsatuan pelajar ktorng
dengan kerjasama unit kaunseling UiTM..
agpon, entah mcm mane aku terlebih rajin lak
jd faci tuk prgram ni ...
pepun, bila lagi nk jd rajin..ye dak ?? hehe
pape pown, roger2 la poster kt bawah ni
untuk keterangan lanjut...he3~~
(cehh..promote lak)



so.. sok la program ni 'berlaku'... ;)
hope sume berjalan lancar...
wish me luck yawwww!
;P

Wednesday, July 6, 2011

Pesanan Buat Si Dia......

buat dirinya yang sentiasa di hati,
pesanan ini adalah lahir dari hati yg ikhlas...
maaf kerana aku sendiri tak mampu untuk menyampaikannya kepadamu...


buat si dia....
aku mahu kau tahu bahawa cinta agung adalah cinta-Nya,
aku mahu kau tahu bahawa cinta manusia akan membuatkan kau alpa,
tolong jangan mencintaiku lebih dari mencintai Yang Maha Esa,
dan janganlah mengingatiku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa..

buat si dia....
janganlah mendoakanku lebih dari mendoakan ibu bapamu,
ingatlah, dahulukanlah Allah kerana di situ ada syurga-Nya,
dan dahulukanlah ibu bapamu kerana di telapak ibu itulah syurgamu,
aku terpikat kepadamu kerana imanmu bukan rupamu,
dan aku cintakan zuhudmu bukan hartamu...

buat si dia....
ketahuilah, aku milik Yang Maha Esa,
aku masih milik keluarga,
ingatlah, kau mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapamu...

buat si dia....
maaf kerana aku enggan diri ini dirapati,
kerana aku menjaga batas antara kita,
maaf kerana jarak menjadi bertambah rindunya,
kerana itulah ujian Yana Maha Esa,
maaf juga kerana aku enggan menjadi fitnah kepada dirimu...

buat si dia,
aku tak mahu melekakan dirimu,
aku mahu kau berjaya dalam impian dan cita-citamu,
aku mahu kau menjadi penyokong dalam kejayaanku,
aku mahu kita berjaya di dunia dan di akhirat sana.....

buat si dia,
aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
ketahuilah, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
hubungan ini terjaga andai kita menjaga hubungan dengan Yang Maha Esa....

buat si dia,
andai satu hari nanti Allah menduga diri kita,
Allah mengambil kembali anugerah cinta ini,
Allah mengembalikan diri kita kepada-Nya,
berdoalah agar kita dipertemukan kembali di syurga yang kekal abadi.....


Tuesday, July 5, 2011

Back To School........ =)

Kembali Ke Sekolah.....hehe
yelah..aku da abes praktikal meyhh..
now, at my lovely campus, uitm puncak alam...

hari ni baru hari kedua klas..
tapi dah sem 5 ni subjek dah tak sebanyak sem2 lepas..
alhamdulillah.. aku tak de repeat pape paper...
juz risau menuggu result sem ni..
maklumlah..praktikal aku dah cam hape rasenya..
markah pon org kata paras2 hidung..huhu
tak pelah.. klu tak, tak study la namenye..

tapi.....
still ade rase kosong untuk sem ni...
setiap tahun, n setiap sem mesti ade kwn2 aku
yang tinggalkan kami semua...
aku tau, mungkin rezeki dorang bkn kat sini..
tapi, tak kurang jugak yg dapat tawaran SPA..
untuk sem ni,
kawan aku yg jugak ex-hosmate aku masa tahun 1,
hamizah, dapat tawaran study tuk jd juru x-ray..
dia sekarang study kt KSKB Sg.Buloh..
i wish the best for her..
itu rezeki dan perjalanan hidup dia..
aku n kawan2 lak still berjuang utk same2 grad nanti..
insyaAllah...;)

untuk sem ni plak,
rase makin takut bila dah jd makin senior ni...
wlwpon subjek tak banyak (juz 3 paper),
tapi subjek pon boley tahan susa...huhu
ape tak nye, dua subjek Mr.J pegang..
lw dia yg pegang, viva sepanjang masa la gamaknye..huhu
oopsss..
bkn kete viva ye...
tp viva tu stand for praktikal exam..
hope sem ni ok2 saje...
now, busy nak siapkan case study report..huhu
tak tido mlm den jawab nye niehhh...
k lah, mata pon dah layu...
tilam pon dh menuggu... ;D
gudnite...

---- BYE!----

Wednesday, June 1, 2011

First Time

salam ukhwah...... :)


mak aiiiiii ini hari manyak pening l0rhhh...
nape???
hari ni pertama kali dalam hidup aku pegi potong kain nak wat korset !
(KORSET?? betul ke aku eja??)
alahaiii..lw buat pressure garment (PG) tu aku leh trima lagi...
tu memang sebahagian keje aku...;D
ni kena buat korset?! gilo ko apo?? heeee..
tak pernahnye aku blajo wat bendalah ni kt kmpus..huhu
dah la first time nmpak dan kena buat,
di baginye aku kain yg sebesar2 alam tanpa tunjukkan aku cara ptong...
dan arahannya sangat mudah,
"potong kain tu ikut ukuran.. tu pon kalu nk belaja la...
pe guna blajo kt U lw tak tw guna otak...??"
ayat BELIAU saje dh wt aku terdiam seribu bahasa...
tak pelah.... aku redha.. aku hanya seorang student..
(aku tau time ni laa 'beliau' tu nk membuli aku...)


haa.. pe beza korset dgn PG niehh??
oppss... aku bukan tukang jahit or fashion designer okiee..hehe
PG tu pakaikan kt patient yg ade kes burn(terbakar) untuk kurangkn keloid
atau hypertrophic dia..
korset ni plak bkan korset biasa yg org pakai utk kuruskn or bahasa jawa nye
'slim' kn bdan tu.. hehe
tapi korset ni guna untuk patient yg ade diagnosa scoliosis..
satu penyakit yg melibatkan tulang spinal manusia (tulang belakang)..
so, patient yg pakai korset tu function dia utk tegakkan lik tulang
belakang dia yg dah bengkok n berbentuk 'S'..
material dia pon bkn cm korset biasa tu..
jadi ukuran dia pon ikut bdan patient tp based kpada aim dari pakar..


hmm... that's why la aku mmg ade masalah betul nk ptong kain tu td..:(
kain plak, bkn kain bese2 tu..
serius, lecturer aku mmg x aja lg cmne nk wat korset..
sebab ktorang dulu blaja lebih kpda PG..
tp kata orang, time praktikal cm skrang ni lah kita dpt blaja..
tapi aku??
'beliau' mungkin mengajar aku dengan cara 'beliau' tu..
salah ke aku bertanya sebab aku juga nk belajar..
tak semua benda student tau..
lagilah benda yg first time jmpe..
kalau aku tau semua benda, pe guna lecturer aku anta praktikal?


tapi tadi aku redha je...
kawan 'beliau' yg mngukur bdan patient tu lak ade hal hari ni...
lagi parah, bkn aku yg tengok patient tu sendiri..tapi org lain..
so, cmne aku nk imagine patient tu saiz n scoliosis dia teruk mane??
at least, lw aku jumpa patient tu, ade jgk idea nk ptong kain..
maybe aku bernasib baik sbb kawan 'beliau' tu ade tingglkan ukuran
untuk potong kain kt patient tu punye report..
tapi tu tulisan orang lain dan hanya orang itu saje yg sangat paham kn..
kalau aku salah faham dan salah potong cmne??
ini bukan nk buat baju fesyen..
tapi ini untuk kes perubatan !
aku hanya nak yg terbaik untuk setiap patient..
aku nak patient ade improvement dgn setiap treatment..
aku bekerja dengan manusia bukan dgn robot atau mesin !
; (


tapi td aku tetap ukur dan potong jugak..
sebab aku fikir patient tu dtg mnggu dpn..
aku nak terbaik utk dia..huhu
aku teringat bila kakak ipar aku, kak ina potong kain bahan utk wt baju..
aku terus ikut setiap step yg dia prnah buat..
dalam marah, tension, sedih, aku potong jgk kain tu...
aku cuma membayangkan saiz patient tu ikut pemikiran aku..
'beliau' pulak cuma diam dan hanya perhati dari jauh..
aku cuma redha.. aku harap semuanya ok...


esok aku akan smbung menjahit dan akan berjumpa patient cm selalu..
maybe sok aku kena g wad medical dan orthopedic..
i wish tomorrow will be ok.....


-SEKIAN-


Wednesday, May 25, 2011

Result Maliiiii

salam....
semenjak praktikal ni jarang beno teman on9..:)
maklumlah, praktikal kt sini a bit heavy than before..huhu
hari ni pun, aku tak bape nk ade mood..:(
malam ni juz nk tulis entri pendek..


hari ni result kuar.
FULLSTOP. ;D
alhamdulillah...wlwpun tak dpt 4 flat, tp ckup mkn pon jadi lerr..:)
maklum saje ler aku bukan budak pandai..
subjek sem ni plak mak aiii lebih susah dari nk jd doktor pakar..hehe
pape pown, tahniah kepada kwn2 aku yg dh mmg bjak pndai tu...


so, skrang ni prepare for the next sem..
hope sem dpan boley dpt result lbey gempak dr skrang !
yeahhh.. ;D


~~TAMAT~~

Friday, April 22, 2011

My Heart

Truly in the heart there is a sadness
that cannot be removed except
with the happiness of knowing Allah S.W.T
and being true to Him....
And in it there is an emptiness
that cannot be filled except
with love for Him and by turning to Him
and always remembering Him...
And it a person were given
all of the world and what is in it,
it would not fill this emptiness....



~~ ^_^ ~~

Exam MOOddddd......

haloooo.... ;D
aisey...bulan ni jerk da jarang meyhh aku update blog..
naseb baek lerr blog aku niehh tak ramai lg 'pengikut'..haha
maklum saje la....aku dh start exam lorhhh...
attention and concentration sepenuhnya kat exam.. (poyo jekk..)
;)


ya ya ya ya...hari ni...
kenapa dgn hari niehhh..??
saje jerr nk tulis...hehe
sebenarnye nak berkongsi rasa lega aku kt blog aku ni laaa..
lega bkn abes exam meyhh...
tapi lega sebab dah lepas meng'exam'kn diri aku ni kat killer paper sem nieyy..huhu
paper subjek MEDICAL AND NEUROLOGY suda lepass..;D
bukan pe....subjek ni manyak susa la ini sem...huhu
paper lain pon susa jugak...
tapi paper neuro ni mmang mnguji stamina mental aku..haha
ape tak nye, hari ni ngn semalam je dua2 paper subjek ni..
agak tingtong jugak la mnggu ni..hehehe


(kalau lahh paper neuro aku cmni boley la jugak aku 'tembak'
jawapan...hehe)


tapi tak boley la hepy sangat...;)
hari ahad ni subjek PSYCHIATRIC INTERVENTION lak...
jgn pasni aku lak yg jadi 'sakai' dah la ye...hehe
adushhh...poning palo denn..
dari dok study medic neuro tetiba study psychtric lak..
sangat hebat kalau otak aku boley mnyerap semuanya..
hahaha...


pepun... exam still kena teruskan..
study sehabis yang boley...
bila lg kan aku nak berlumba secara sihat ngn kawan2 aku...;D
yg penting, aku hanya mmpu bertawakal ble dh berusaha..
wish me luck yaww !



~~C U AGAIN~~

Saturday, April 2, 2011

April oh April....

salam dihulur pembuka bicara. . . cewahhh ;p
waa. . . lama sudaa aku tak msukkn entri kt blog nih. .
yelah, semenjak dua menjak nak exam ni, setiap hari makin buzy. . huhu
ditambah pulak ngn ke'buzy'an lecturer2 aku wat viva utk ktorang. .
opppsss. . 'VIVA' bukan kete viva ok. .
tp VIVA kitorang ni ialah praktical exam. . :)
sedar tak sedar dah masuk blan April rupenya. .
hari ni dah 2 April 2011. .
uniknya bulan April ni, 1 April je orang mesti kata "APRIL FOOL"

haaa...kenal tak amende nih..? :p

kadang2 pelik jgk 1 April orang semua tau. . .
tapi orang2 zaman sekarang ni ingat ke tarikh2 pnting dlm kalendar Islam. .
sory..isu ini agak sensitif. . .
tapi aku hanya ingin mengubah stigma masyarakat mengenai prkara ni. . .
ape yang aku paham, dalam Islam memang mlarang
April Fool ni. . .
bnda ni orang Barat je yg buat sbab memang dh budaya dorang..
kalau di translate ke bahasa melayu,
APRIL FOOL = APRIL B****
erkkk..aku rase agak kasar bunyinye. . .


so, mereka2 kat luar sana tu, please stop to do 'April Fool'. .
Being realize that we are Malaysians n importantly we are Muslim. .
tapi setiap orang ade persepsi masing2. . .
jadi renung2kanlah. . .

~~NOKTAH~~

Monday, March 21, 2011

Waka Waka

Waka Waka... =)
bukan gelak yg 'wakakaka' tu yer..
hehe..
mula2 dngar lagu nih, spatah haram aku tak paham..
tp bila aku tengok lirik dia kt youtube , memang lagu ni terbaekkk laahh..
semangat meyhhh dengar lagu ni..hee
lw korang prasan, lagu ni time piala dunia FIFA kt afrika tu..
sebab tu la lirik dia pon de bahasa afrika..
tak paham bahasa dorang, cari la Google dictionary...hehe
so...layannnn...
=)
p/s : opppssss...sblom aku terlupa..lw nk dngr lagu kt vdeo nih,
off kan la dlu yer background music blog nih..
~~chawwww~~



Saturday, March 19, 2011

Cinta Itu Indah =)

malam dah semakin larut tapi still rasa nak menulis lagi..
bukan apa..cuma nak menyampaikan apa yg terbuku kt hati..:)
tadi abg lan (abg ke-2 aku) datang..
niat asal dia nak anta baju yang aku minta sejak kelmarin...
alih2, boleh plak dia kata dia terlupa..hehe..klakar ade, kesian pon ade.. ;)
alahaiiii abg aku ni... ingtkan mase dia call time on da way td dia main2 (slalu dia main2 je)..skali btul2 trlupa daa..heeee.. tak pelah.. lepas dia bwak aku kuar tadi, dia pon balik..


haa...masuk balik kt citer blog lak..hehe
disebabkn ade la sorang member aku ni asyik dok citer bab cintan cintun nih, maka aku pon tergerak hati nak tulis pasal cinta kt blog nih...


CINTA??? erkkk... agak subjektif dan kadangkala agak sensitif..




setiap manusia yang hidup ni tak kan lari dari perasaan cinta ..
secara personal, aku selalu menganggap cinta ni satu perasaan yang unik dan indah yang Allah S.W.T kurniakan kepada manusia.. dari perasaan cinta lah kita dapat kenal dan menghargai kehadiran seseorang yang paling bermakna dalam hidup kita..
walaupun cinta itu indah, tapi terpulang kepada setiap orang untuk menilai dan membentuk cinta tu.. setiap orang ade persepsi masing2 dalam hal cinta ni..
ade yang bercinta untuk suka2 dan ade jugak yang bercinta untuk mengharapkan cinta tu
sampai ke akhir hayat....


tapi...


bak kata orang...,
cinta kepada bunga, bunga akan layu..
cinta kepada manusia, manusia akan berpisah atau pergi..
tapi..cinta kepada Allah S.W.T tu adalah cinta yang abadi..:)
ye.. memang betul semua tu.. memang indah kalau setiap benda yang kita buat, kita
akan selitkan rasa cinta kepada Allah..
kita hanya manusia biasa yang takkan lari dari perasaan cinta terhadap manusia..
tapi lagi indah rasenye kalau rasa cinta kepada manusia tu takkan melebihi rasa cinta kepada
Dia.. dengan kata lain, seseorang manusia tu akan lebih bahagia jika orang yang dicintai tu juga mempunyai rasa cinta yang tinggi kepada Allah S.W.T.. ;)


Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk
mencintai-Mu..
Ya Muhaimin.. jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
mencintai hati seseorang yang hatinya tertaut
pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana.. jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling dari-Mu..
Ya Rabbul Izzati.. jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang rindukan syahid di jalan-Mu..
Ya Allah.. jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..
Ya Allah... jiak aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku terjatuh dan tertatih dalam
perjalanan menyeru manusia kepada-Mu......

Font size

-TAMAT- =)




Saturday, March 12, 2011

Pesan Emak

wahhhh....terasa begitu lama aku tak menjengah blog ni...
dah semakin besar nampaknya beliau skrang ni..hehe
masuk hari ni, dah seminggu aku balik bercuti dari my hometown, batu pahat.. ;)
seronok meyhhh... rasa nak lik lagi...
tapi segala test yg wujud kt kmpus ni mnjadikan aku meng'cancel'kn niat aku tu..huhuhu


dh seminggu ni, aku asyik dok teringat pesan mak kt aku..
huhuhu..
rase sedih tiba-tiba... (rindu mak pon ade wlwpon baru sminggu kat sini ;'(
teringat apa yg mak ckp masa petang aku blik cuti hari tu..


emak : adik... dah besar adik sekarang ni.. dah dekat 20 tahun.. (mak tersenyum)
aku : hehe..mestilah mak..adik kn dah membesar..bkn bdak kcik lagi..(ckp smbil tersengih)
emak : ye.. mak tw. mak pon dah makin tua..bkn muda mcm dulu lagi.. mak pon sjak sakit
dulu, banyak sangat yg mak rase lain.. yelah, dah tak boleh wt keje berat2 sangat..
nasib baik smpai hari ni, mak masih sempat tengok adik masuk u.. kalau lah mak
pergi dlu, mak tak sempat tengok adik berjaya.. mak sedih dulu tengok adik dtg
hospital siap bwak buku dgn keje skolah sebab nk tengok mak sakit kt hspital masa tu..
aku : (terdiam skjap. aku terus teringat pe yg mak ckp... rase sedih tiba2.. ye..dlu mase mak
sakit kt hspital, aku form 5 time tu.. nak dekat spm dah.. aku trpaksa ponteng kelas
tmbahan sbb nk tgok mak.. aku tido kt hosptal dkat dgn katil mak sbab aku tak smpai
hati tiggalkan mak sorang2.. aku buat keje dkat dgn mak sbab selalu kt umah, mak yg
tmankn aku study... sume tu satu ujian.. aku akn menangis bila teringat sume tu..)
emak : sekarang adik dh nak brjaya pon.. adik pon dh lbih berdikari sjak mak sakit..
aku : mak.. nape mak ckap cmni...adik sedih laa.. mak kn dah sihat sikit dari dulu...
emak : mak memang nmpak sihat skit.. tp mak kn dah makin tua.. entah sempat ke tak, tengok
adik keje pastu kawin nanti..
aku : (bertambah sedih..) sempatlah mak.. adik kn sayang mak..
emak : adik doalah mak panjang umur.. cuma mak nak pesan sikit.. adik, blajar betul2.. kita ni
bukan dari keluarga berada.. kita ni sderhana je.. mak ngan bapak adik bukan org
pndai2.. dulu pon hdup kte lagi susah dari sekarang.. cuma mak gmbira tengok ank2 mak berjaya skrang ni.. lagi satu, jaga maruah dengan hrga diri.. jadilah perempuan yg
paling tinggi maruah dan imannya.. adik.. ingatlah.. jangan tinggal sembahyang..
sembahyang tu wajib..jangan lupa buat solat sunat skali.. bila kita susah, x de sape nk tolong kita kcuali Allah.. Dia sntiasa ade dgn kita.. Dia dengar pe yg ada kt hati kita.. susah senang kita hari ni semuanya dari Dia.. adik.. doa mak kt anak2 mak tak pernah ptus.. mak tak nak ank2 mak hidup susah mcm mak dgn bapak.. mak sayang ank2 mak..
aku : (terdiam.. rasa sedih sngat..)
emak : adik.. hidup kita ni mcm roda.. kdang2 kita kat atas, kdng2 kita kt bawah.. tp ingtlah,
kat mana je kita ni, kita tetap sama.. sume tu ujian dari Allah..
aku : mak.. adik sedih sangat bila mak ckap cmni..
emak : adik.. ape plak nk sedih.. mak ckp cmni, sbb mak syg adik.. mak tak nak adik lupa bila
dah berjaya nanti... mak takot mak tak sempat pesan sume ni kt adik... mak nak adik
jd org berjaya kt dunia dgn akhirat..



hurmm... sedihnya ingat lik semua ni...
segala ape yang mak pesan, aku ingat sampai bila2..
ye...itulah mak aku... idola aku..
seorang perempuan yang paling aku bangga dlm dunia ni..
dia tak de pelajaran tinggi.. tak de jgk harta yg banyak..
tapi dia lah wanita yg malahirkan dan membesarkan aku n adik-bradik...
yang mngajar kitorang sume erti hidup...
yang mengajar ktorang pentingnya ilmu dunia dan akhirat..
dia lah org yg bagi pendidikan yg sempurna buat aku..
i love her so much..
i'm proud of her till the end of my life..

noktah.. ;)


Monday, February 28, 2011

Akan Ku Jumpa...

akan ku jumpa???
sape yang aku nak jumpa...?? cam wanted person jerr..hee
kalau la diberi pilihan untuk jumpa someone, mestilah aku nak jumpa Takuya Kimura..
haaa..kenal tak?? ;p
kalau tak kenal, tu la pelakon jepun yang sweet sangat muka dia..(menggedik jap ;p)
cair beb tengok muka dia..haha..


haa.. ni la cik abe takuya kimura...
awat la muka ko ni comey sangat..=p

uishhh....
dah2..stop2..
tengok gambar je boleh laa..nak jumpa, sampai bila2 pon aku tak jumpa..
tak pelah.. Takuya di hatiku...ngeh3~
adushhh..lari topik lagi blog aku kali ni..hehe
sebenarnya Akan Ku Jumpa tu kan tajuk lagu..
aku suka sangat lagu yang si Azfar nyanyi ni..
lagu jeww... orang nya tak minat la plak..^^,
penuh makna lagu ni...
even kepala aku melayan lagu2 indie..


yang ni pulak gambar azfar..
populariti dia naik sebab lagu ni...;p

disebabkan aku suka sangat kat lagu ni,
maka sudilah aku berkongsi lirik lagu ni kat blog..
so, layann...
nak dengar lagu, download la sendiri...;)

Akan Ku Jumpa- Azfar

Ku mengatur langkahku,
Berjalan tanpa bayang2 mu,
Langit dan bumi setia menemaniku..
Matahari menyinar,
Tak pernah berpihak padaku,
Ku kepanasan tanpa,
Perlindungan-mu..
Hari berganti hari,
Aku masih teguh menanti,
Hadir diri-mu,
Dalam hidupku ini...
Rasa kecewa ada,
Bila kaki penat berlari,
Namun yakinku kau akan ku temui...
Ku takkan pernah cuba berhenti,
Langkahku mencari cinta,
Yang ku tahu hanya tuk diriku,
Kan ku cari..
Sampai hujung dunia..
Kerna ku tahu akan ku jumpa dirimu,
Dan akan ku terus,
Menempuhi mimpi2 ku selalu..
Ku lihat semua gembira,
Bila mengenali erti cinta,
Senyuman ku beri hanya duka,
Bila ingin teman tuk berbicara..
Cinta jangan sembunyi,
Mataku kabur mencari,
Hadirlah dalam hidupku ini..
Cinta jangan engkau pergi,
Bila langkahku cuba,
Untuk mengejar dirimu........

yezzzaaa...
tu lah dia lirik lagu kepada tajuk entri aku ni..:)
ok, c u next time..


Saturday, February 26, 2011

Sepetang Bersama Mereka...

hari ini 26 februari 2011....:p
kejadian ini berlaku pada jam lebey kurang 6 petang di
pondok atas bukit berhampiran kawasan kolej kediaman rafflesia,
uitm puncak alam, selangor..
(walaupon kediaman mangsa2 ini di kolej kediaman angsana,
tapi mereka dah tersesat ke kawasan kolej kediaman rafflesia...:))
dah macam Karam Singh Walia lak kn...
(sape x kenal encik singh ni, anggaplah muka dia cam bapak korang. cuma hensem cket je..)
hehehehehe
cume tangan aku je x terangkat2 n aku tak pandai nak bermadah bahasa cam dia..;)
yang sebeno nye teman ni nak citer sikit kejadian yang 'happen' petang td..
sorry..bahasa belacan sikit mlm ni..
cam orang2 muda slalu kata, citer ni tak la gempak sangat der..
(ntah ape jadah dorang tukar name 'bro' jadi 'der'.. papehal sedap jgk bunyi nye..hehe)
sudah, sudah, sudah......
merapu tak abes2.. lari dari tajuk..
tak de apa pon aku nak citer sebenarnya..
cuma nak berkongsi sdikit pengalaman aku dengan kawan2..
bak kata orang, benda ni cam bese2 je..
semua orang pon boleh buat..
tapi apa yang aku nak share kat sini ialah nilai sebuah persahabatan...
dua tahun aku kat sini, macam2 perangai kawan2 aku ni..
tapi kenangan ngan dorang, memang aku x kan lupa smpai bila2..
petang tadi balik je dari man'tapau' mkanan kt kafe rafflesia,
ktorang pon pegi la melepak jap kt gazebo (bahasa lainnye pondok)
nun kat atas bukit tuu..
(lw x tw tempat ni, buat2 la tw..;))
maklumlah, tension kot lw duk terperap je kt bilik tu...hehe
so, sempatla ambik gambar..
tapi kamera pon dari henpon murah kn...mana nak clear sangat...


sempat amik gambar aiskrim cornetto yg harga dia RM2.80..
(walaupon tak la mahal mane, tp sedap wooo...hehe)




muka-muka kebosanan kawan-kawan aku...ke kenyang makan aiskrim..
kompius2...hehe
(amira, amiza, atiqa)




senyum sokmo la mira..!




pemandangan kafe rafflesia ..




sesekali berposing pe salahnye..nk jadi model iklan tak lepas..;p



cehhhh...nak jugak posing maut dorang nih.. tak pe la..
bila ag nk posing kan..heee



sempat lagi letak gambar kaki...meh2 pilih kasut mana mau..


fuuuhhhhh....
letih kot upload gambo dengan keadaan broadband aku yang semakin lama makan tuan!
(alahai maxis..nasib baiklah kau banyak berjasa kt aku..
kalau tak, dah lame aku 'thrown away' kau masuk 'drain'...hee)
ade lg gambar yg nk di upload..
tapi keadaan tak mengizinkan..huhu..
walaupun tak sume gambar masuk,
nilai sebuah persahabatan tu takkan dapat kat mane2..
bagi aku walau sejahat mana sahabat tu,
dorang tetap pernah menyerikan hari2 suram kita..
yang akan membuatkan aku dan semua org pun akan tersenyum bila teringat kt kwn2 kita..
walaupon gambar2 kwn2 lain tak de kat sini,
aku tetap sayang kawan2 aku..
i love u all..mmuuaahhh !! =p



Thursday, February 24, 2011

Hati Cantik

petang ni dah mula guruh...
menandakan hari yg dah nak ujan...
cehhhh...aku punye ayat intro je gempak..
ape kena mengena lak ngan tajuk blog??
hehehehe...
aisey...aku ni memang lemah sikit bab nak mengarang ayat...
maklomlah kepale otak giler2 cm aku ni mana pandai bermain dengan
ayat bunga-bunga dan bercintan cintun ni..;p
tapi nak jugak wat blog..
hmmm...bila tengah dok termenung sorng2 kt tingkap ni,
tiba2 je petang ni aku terfikir satu benda..
memang betul kata org,
manusia ni rambut sama hitam, duduk sama rendah...
tapi hati???
ye..hati lain2... hati ni boleh jadi macam-macam..
(mcm iklan Astro, macam-macam ada...:p)
hati manusia lain-lain...
datangnye kelainan dalam hati setiap insan tu
adalah dari akal manusia tu sendiri..
walaupun hakikatnya fitrah kejadian manusia tu sama,
(untuk menjadi khalifah di muka bumi ni)
tapi disebabkan akal dan hati lah yang membawa identiti tersendiri setiap manusia tu.
kadang-kadang aku selalu fikir,
nape kita ade perasaan dengki, khianat, dendam n yg sewaktu dengannya??
bukan ke Allah S.W.T tu Maha Adil
dan Dia tahu apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya berdasarkan amalan setiap manusia?
aku bukan ustazah atau ahli ilmu agama..
tapi aku percaya setiap org pun ada persepsi masing-masing
mengenai soal hati..
apa yang penting, hati bukan hanya seketul daging yang ada
dalam tubuh badan setiap manusia..
tapi hati juga adalah satu keistimewaan yg Allah S.W.T kurniakan pd setiap insan.
baik buruk seseorang tu adalah bergantung kepada apa yg ada di hatinya..
bagaimana corak dan warna hati kita tu lah yg menjadikan diri kita hari ni..
apa yg aku baca,
untuk mendapatkan hati yang cantik,
kuncinya adalah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T....
hanya itu je jalan untuk mendapatkan hati yang cantik dan tenang.. InsyaAllah...
bak kata prof. izi haji ali,
"selamat beramal.." =)