Terbaeklah Kamooo...!

Saturday, December 22, 2012

Bila Hati Bercakap

Assalamualaikum w.b.t..
Panasnya cuaca tengahari ni.. Pepun, Alhamdulillah..
Cuaca panas pun rezeki Allah S.W.T jugak..
Bak kata manusia, panas itu melambangkan hati yang ceria..
Hujan itu melambangkan hati yang duka. :)
Tapi usahlah di sangka panas ini sehingga ke waktu petang,
kerana siapa sangka jika adanya hujan selepas ini.. :)


Sepanjang aku memiliki blog ini,
jarang benar rasanya aku meluahkan perasaan ketidakpuasan hati
atau yang sewaktu dengannya.. Mungkin ada la satu dua entri sahaja.
Untuk hari ini, tika ini, entah kenapa aku berasa sedikit terkilan..
Sedih mungkin.. Boleh juga bercampur sedikit marah..
Aku tidak mahu hatiku menjadi seperti ini..
Tapi aku bukan sapa-sapa.. Aku juga manusia.. Kuat mana pun aku sembunyi 
dari realiti, mana mungkin dapat menipu hati sendiri..
Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan..
Aku cuba untuk perbaiki diri walaupun kekhilafan itu ternyata bukan padaku..
Aku cuba menyayangi kau dan menghormati kau seperti darah daging sendiri..
Tapi aku gagal bila kau menambahkan lagi rasa pedih di hati ini.


Engkau.. Bukanlah sealiran darah dan sedaging denganku..
Engkau hadir dikala wujudnya satu ikatan murni antara
engkau dengan seorang lelaki yang sealiran darah denganku..
Lelaki yang bergelar saudaraku selamanya..
Seorang lelaki yang aku hormati dan aku sayangi selepas waliku..
Aku gembira, aku bahagia saat kalian di satukan..
Aku berharap aku akan terus menyayangi kau sehingga akhir nafas
    sepertimana aku menyayangi dan menghormati lelaki itu..
Aku yakin..


Tapi..


Tika ini engkau semakin berubah..
Engkau seperti bukan engkau yang aku kenali dulu..
Bukan seperti engkau yang sebelum adanya ikatan itu..
Rasa sayang dan hormat dalam diriku terhadap kau semakin diuji..
Setiap hari aku cuba mencambah semula rasa hormat itu..
Ternyata bukan mudah kerana aku merasakan seperti kegagalan itu
memihak kepadaku..
Rasa sedih, marah, geram bagaikan menjadi satu..
Tolonglah.. Sesungguhnya berhentilah menguji ku seperti ini..


Dikala wanita yang melahirkan aku serta suaminya yang juga waliku
pergi ber'dating' untuk menunaikan kewajipan rukun Islam kelima,
segala perilaku engkau semakin membuatkan aku terasa sungguh di uji..
Engkau bukan sahaja berjaya meng'uji' diriku..
Tetapi engkau juga sudah berjaya meng'uji' saudaraku yang lain..
Saudara yang sealiran darah dan sedaging denganku..
Hanya satu yang aku mampu katakan,
'terima kasih wahai perempuan'.
Engkau telah berjaya menghakis rasa hormat dan sayang aku terhadap engkau.
Tahniah.


Disaat wanita yang melahirkan aku sudah berada di hadapan mataku,
engkau langsung tidak mempunyai secebis rasa bersalah di benak hati..
Ya.. Engkau juga telah berjaya meyakinkan wanita itu
bahawa segala perilaku engkau sewaktu ketiadaannya itu
hanyalah 'lakonan' sahaja..
'Lakonan' yang hebat barangkali..
Seperti kata manusia, 'pijak semut pun tak mati'..
Aku tidak kesah jika wanita yang melahirkan aku itu telah berjaya kau yakinkan..
Tetapi aku kesah apabila dia berkata,
tolonglah jangan mengatakan perkara kurang baik terhadap engkau..
What???
Aku yang mengatakan perkara kurang baik terhadap engkau?
Tapi raealitinya??
 Ya.. Mungkin dia tidak tahu kisah sebenar di sebalik 'engkau'..
Aku tidak pernah menyalahkan wanita itu.. Sungguh..


Untuk engkau..
Aku hanya berharap tolonglah 'kembalikan' rasa sayang dan hormat aku
terhadap engkau.. Aku ingin rasa itu seperti hari pertama aku mengenali kau..
Sungguh, walau siapa engkau, aku cuba untuk perbaiki diri,
andai aku yang terkhilaf..
Jika tiada maaf yang kau pohonkan kepadaku dan saudara
yang sedarah dan sedaging denganku yang lain,
aku tetap akan memaafkan engkau
kerana aku juga menyayangi lelaki yang telah ada ikatan murni bersama engkau..
Lelaki yang menjadi imam mu kini..
Lelaki yang sentiasa aku sayangi dan hormati..
Tahniah juga aku ingin ucapkan atas rezeki yang bakal tiba tahun hadapan..
Aku berharap engkau akan berubah apabila wujudnya rezeki itu..


(-___________-)


-Sekian- 

Monday, December 17, 2012

Kisah Peminta Sedekah

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah malam ni masih mampu untuk membuka mata
dan menaip beberapa coretan yg tak seberapa..
Cuaca sejuk yang dah macam kat Alps ni memang sesuai
untuk lelapkan deria penglihatan ni..
Hujan renyai di tengah malam mampu untuk lelapkan sesiapa saja..
Sorongkan bantal kompem tido..:)


Okeyh..Okeyh.. Stop cerita yang tiada kaitan. :p
Cerita malam ni adalah kisah si peminta sedekah..
Kisah ni berlaku dalam dua tahun yang lepas (waktu aku student lagi).. 
Sejujurnya, aku tak pernah pandang rendah pada golongan ni..
Mungkin di sebabkan faktor kehidupan yang 
menjadikan mereka terdesak untuk mencari duit..
Kita sendiri pun tak tahu kisah hidup mereka ni..


TAPIIIII....


Kadang-kadang aku cukup marah pada insan yang sengaja
ingin mengambil jalan mudah dalam mencari wang..
Insan yang sengaja menjadi pengemis sedangkan
fizikal dan akal masih mampu untuk berusaha mencari wang
dengan cara yang lebih baik..


Okay.. Kisah peminta sedekah yang aku nak share ni berlaku 
di sebuah pasar malam di satu daerah di negeri Minangkabau..
Sorry.. Aku tak boleh nak state kan di mana daerah tu..
It is private and confidential... :)


Kisah bermula apabila di tengah-tengah pasar malam tu,
adalah seorang budak lelaki ni datang menghampiri aku..
Usia budak ni dalam 12 atau 13 tahun waktu tu.. (aku lihat dari segi fizikal dia)
Dengan membawa satu bekas seperti tabung,
memakai baju lusuh, seluar lusuh dan songkok yang sudah terkoyak,
dia pun meminta sedekah dengan berkata mahu membeli makanan
untuk dia dan adik-adik dia.. (tapi aku tak nampak adik-adik dia)
Dengan rasa yang penuh simpati kat budak laki ni,
aku pun mengeluarkan beberapa keping not berangka 1 dari dompet..
Aku hulurkan kat dia.. Aku rasa nilai duit yang aku bagi tu tak seberapa..
Tapi aku harap ia masih mampu untuk mengalas perut budak tu..
Dia pun melangkah pergi dan dari jauh aku lihat
dia masih berjalan meminta sedekah di sepanjang pasar malam......
1 jam kemudian, penat pusing dan membeli makanan,
aku gerak balik.. 
Dalam perjalanan, aku singgah di stesen minyak untuk ke tandas..
Bila aku berjalan ke belakang stesen untuk mencari tandas,
aku ternampak seorang budak lelaki yang duduk sedikit menyorok..
(mungkin dia tak sedar kehadiran aku)..
Itu budak kat pasar malam tadi !
Lagi aku terkejut, di satu sudut yang agak suram 
(tapi masih boleh dilihat dari jarak dekat),
budak tu tengah mengira duit.. Tak salah lagi..
Otak aku masih ingat wajah budak lelaki yang datang minta sedekah
kat pasar malam tadi..
Aku terus membiarkan budak laki tu tapi otak aku ligat berfikir kenapa
dia sanggup minta sedekah sampai macam tu sekali??
Semasa aku nak masuk kereta semula, datang sebuah kereta 
dan ada seorang lelaki pertengahan umur datang ke arah budak laki tu..
Aku rasa mungkin ayah dia.. Dan dengan senang hati dan hilai ketawa,
budak lelaki tu pun masuk ke kereta.. 
Tiada langsung riak wajah sedih seperti suramnya wajah ketika meminta sedekah..
Aku pun berfikir, itu ke peminta sedekah??


Aku sendiri tak tahu sebenarnya kisah yang menyebabkan budak lelaki
tu menjadi seorang peminta sedekah..
Tapi aku berharap andai ada manusia di luar sana 
yang ingin mencari jalan mudah dengan mempergunakan anak-anak
bawah umur untuk kepentingan mereka, itu sangat tidak patut..
Mereka sepatutnya di didik untuk mencari ilmu..
Segala yang aku tulis adalah kisah yang aku nk share dengan kalian..
Aku tidak pernah berkira nilai yang aku beri pada si 'peminta sedekah' tu..
Tapi aku terkilan kenapa dia sanggup berlakon dan menipu semua orang..
Mungkin ada sebab yang belum terungkai.. ==,


Okay.. Mata dah betul-betul mengantuk ni..
Andai esok masih ada, pasti akan ada entri akan datang..
Selamat malam !

(-_______________-)

Tuesday, December 4, 2012

My Day !

Assalamualaikum w.b.t... 
Dah lama rasanya aku tak update entri kan..:)
Terlalu banyak ceritera sebenarnya yang ingin di update..
Tapi kerana sibuk, maka blog ini pon berhabuk.. hehe


Ok.. Tak nak bebel lama-lama.. :p
 My Day !
Yezza... Setelah beberapa purnama aku menelaah ilmu,
maka tibalah hari yang di tunggu.. 
Hari bergraduasi atau nama saintifiknya konvokesyen..hehe
Alhamdulillah.. Pada 25 November 2012 (Ahad),
Segalanya berjalan lancar..
Walaupun emak dengan bapak aku tak dapat hadir pada hari ni,
(kerana mereka baru tiba beberapa hari dari Tanah Suci),
tapi thanx a lot to my brother (along n wife)
kerana sudi untuk melihat adik mu ini bergraduasi.. :)


Picta ini sudah selamat di edit.. Hehe


Maka, dengan ini secara rasminya aku telah menjadi
Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM)..
Gembira tapi sedih jugak kerana aku masih merindui zaman pengajian..
In Shaa Allah, jika di beri peluang dan di panjangkan usia,
aku ingin sekali menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi..


Ok.. Malas nak upload gambar banyak-banyak..
Cukup cukup sudah la tu..hehehe
Pepun, kejayaan aku hari ini tidak akan dapat di capai tanpa
mereka-mereka yang berada di sisi ku...


Untuk emak dan bapak,
Tanpa kalian, tiada lah aku di dunia ini..
Terima kasih kerana mendidikku dengan sempurna,
Memberi kasih sayang kalian yang tidak berbelah bahagi,
Dan menjadikan aku insan yang paling bersyukur 
di dunia ini dengan kesederhaan hidup tapi
dilimpahi dengan kesempurnaan..
Doa dan redha kalian sentiasa ku harapkan di sepanjang hidup ini.. :')

 
Untuk abang-abang dan kakak-kakak,
terima kasih aku ucapkan atas segala bantuan
yang diberikan sepanjang kehidupan ini..
Kasih sayang dan bantuan kalian selama ini,
tidak dapat aku balas dengan harta dan kata-kata..
Pengorbanan kalian akan sentiasa tersemat di hati ini..
Semoga ikatan kekeluargaan kita akan kekal abadi selamanya.. :)


Dan buat si dia yang teristimewa... (blushing *.*) hehe
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan melainkan
Alhamdulillah dan rasa syukur kerana engkau
masih di sisi ku sehingga ke hari ini..
Dan aku berharap perhubungan ini akan menjadi yang halal
 satu hari nanti dan akan kekal selamanya..
Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan
sokongan sepanjang pengajian ku selama ini..
Engkau sentiasa setia mendengar keluh kesah,
suka duka dan tawa gembira aku..:)
Engkau lah sahabat, engkau lah teman, dan 
jika di makbulkan doa kita, engkaulah imam ku until Jannah.. :')
Dan terima kasih juga kerana 
engkau telah memberikan aku bukti bahawa 
 percintaan itu adalah penguat semangat dan sumber kejayaan,
bukan kegagalan... Thanx a lot..


Terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan,
kerana sama-sama melalui kehidupan
sebagai seorang student...
Now, we are grad together ! Alhamdulillah.. :)
Oh ya, untuk para pendidik ku yang ku sayangi,
terima kasih buat para Dr., Encik, Puan dan Cik... Hehe
Jasa kalian ku sanjung selamanya..


Okay.. Inilah insan-insan di belakangku selama ni..
Doa kalian sentiasa mengiringi langkah ku.. :)
TERIMA KASIH ANDA SEMUA !!